PRK KUALA BESUT: PAS vs PKR
SHAH ALAM –
Pas mendakwa PKR Terengganu “tidak faham” apabila mengeluarkan kenyataan untuk
mengetengahkan calon daripada parti itu pada PRK di Dun Kuala Besut ekoran
kematian penyandangnya Rabu lalu.
Setiausaha
Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan
calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul.
Lazimnya ujar
Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang
bertanding di kerusi itu pada PRU.
“Kita lihat
dia tak serius dalam memberi kenyataan tersebut. Sebenarnya soal itu tidak
berbangkit, isu nak meletakkan calon tersebut.
“Dia tak faham
tentang kerusi tersebut,” katanya pada Sinar Harian Online.
Kelmarin,
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk
bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah
Ismail.
“Saya yakin
Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di
Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.
Timbalan
Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah
dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.
Di sebalik
kesediaan PKR itu, Pas dari segenap negeri tampil dengan kenyataan sudah siap
sedia untuk menggempur kubu BN itu.
Kerusi Dun Kuala
Besut diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN
meninggal dunia, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
Mengulas
lanjut, Mustafa yakin Pas di peringkat negeri telah mempunyai calon yang
berkelayakan untuk diletakkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRK akan datang
sekali gus menewaskan calon BN.
Bagaimanapun,
tambahnya, memandangkan tarikh PRK belum ditetapkan, Pas Pusat masih belum
meminta sebarang senarai nama untuk melakukan proses pilihan calon.
“Negeri yang
akan cadangkan calon, saya yakin mereka sudah ada nama calon, nanti Pusat akan
tapis dan tentukan.
“Setakat ini,
negeri pun belum hantar lagi kepada Pas Pusat,” katanya.– Sinar Harian
KD: Seperti biasa, Pakatan pastinya akan bertentangan pendapat mengenai calon yang akan dipertandingkan..
KD: Seperti biasa, Pakatan pastinya akan bertentangan pendapat mengenai calon yang akan dipertandingkan..
No comments:
Post a Comment