SIASATAN KES SITI
AISHAH MUNGKIN AMBIL MASA SETAHUN
"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada
kedutaan dan pihak polis, siasatan sedang dijalankan dan ia mungkin memakan
masa selama setahun kerana terdapat 50,000 dokumen untuk dikaji semula.
"Sama ada dia (Siti Aishah) mahu pulang, persoalannya
masih terbuka. Dia adalah warganegara yang bebas.
Kamar menunjukkan nota yang ditulis Siti Aishah kepada
keluarganya di Malaysia.
Hishamuddin berkata dia tidak bertemu secara peribadi dengan
Siti Aishah ketika berada di London tetapi kakak sulungnya, Kamar Mautum telah
bertemu dengan Aishah di satu lokasi rahsia.
"Laporan sebelum ini menyebut mereka bertemu selama 40
minit, tetapi sebenarnya mereka menghabiskan masa bersama selama satu jam 40
minit," katanya sambil memberitahu Siti Aishah kini sedang dipantau rapi
selepas diserang strok baru-baru ini.
Keluarga Siti Aishah di Malaysia dikatakan kini berasa lega
dan bersyukur kerana dia selamat.
"Mereka lega selepas dia dikenalpasti dan dibebaskan.
Tiada lagi tanda tanya dan kami tahu dia selamat," kata editor majalah
Astro Awani, Zan Azlee.
No comments:
Post a Comment