KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar
Ibrahim digesa mengesahkan sama ada benar dakwaan yang beliau telah menemui
seorang individu mirip wajahnya untuk mengaku terlibat dalam semua kegiatan liwat
yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda
Keadilan (AMK), SD Johari Yasin memberitahu, lelaki tersebut didakwa berasal
dari Thailand tetapi sedikit muda setelah usaha mencari orang yang memiliki
wajah dan umur yang sama dengan Anwar gagal.
Berikut adalah kenyataan penuh SD
Johari:
1. Kita difahamkan melalui maklumat
dari dalam PKR bahawa Anwar telah berjaya dalam usaha mencari 'pelanduk dua
serupa' yang mirip wajahnya. Orang tersebut dikatakan berasal dari Thailand,
cuma sedikit muda daripada Anwar. Mereka gagal mencari orang yang sama rupa dan
sama umur.
2. Kita juga difahamkan bahawa usaha
ini mengambil masa yang lama sebab pelanduk dua serupa tersebut terpaksa
melakukan 'plastic surgery' untuk pastikan paras rupa mirip Anwar.
Dengar kata orang Thailand itu akan
membuat pengakuan dalam bahasa Thailand bahawa dia yang terlibat dalam semua
kegiatan liwat. Anwar juga akan buat dakwaan bahawa UMNO yang bayar orang
Thailand tersebut.
3. Anwar juga dipercayai akan menggunakan
episod 'pelanduk dua serupa' beliau sebagai case reference untuk menyelamatkan
Mustafa Ali. Kita tidak menuduh Anwar apa-apa tetapi hanya meminta Anwar supaya
dapat buat pengesahan tentang perkara ini sama ada akan berlaku atau tidak.
-Utusan Online
No comments:
Post a Comment