KUALA
LUMPUR - Calon-calon Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada gabungan muka
baharu dan lama diyakini dapat menandingi serta menyaingi calon-calon daripada
parti pembangkang, kata penganalisis politik.
Ketua
Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara,
Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib
Tun Razak telah mengambil masa yang panjang untuk meneliti senarai calon-calon
yang layak.
Malah, pada
kali ini, Perdana Menteri telah mengambil sikap berhati-hati dan teliti dalam
membuat keputusan terhadap calon-calonnya.
"Saya
dapati Najib tidak mahu ambil mudah dalam meletakkan calon-calonnya dalam
PRU-13.
"Tidak
kira lelaki atau wanita, muda atau tua, calon-calon yang dipilih adalah yang
sesuai dan terbaik untuk membawa kemenangan kepada BN," katanya kepada
Utusan Online ketika dihubungi hari ini.
Mohamed
Mustafa diminta mengulas senarai calon BN yang akan bertanding pada PRU-13
seperti yang diumumkan di seluruh negara semalam.
Mengambil
contoh Datuk Yap Pian Hon yang dipilih semula untuk bertanding di Parlimen
Serdang, Mohamed Mustafa berkata, calon itu merupakan satu nama besar yang
diberi ruang dan peluang kedua oleh BN pada kali ini.
Jelasnya,
Pian Hon merupakan wakil rakyat yang sangat dekat dan popular di mata rakyat di
Serdang.
"Begitu
juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga Pengerusi Felda, Tan Sri
Mohd. Isa Abdul Samad yang akan bertanding di Parlimen Jempol, merupakan satu
nama besar dan popular di kalangan penduduk yang dipertaruhkan oleh BN di
kawasan itu," ujarnya. - Utusan Online
No comments:
Post a Comment