JOHOR BAHRU
- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada sebab untuk rakyat menukar
kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 hanya kerana pembangkang menyatakan
Barisan Nasional (BN) sudah terlalu 'tua' memerintah negara ini.
Timbalan
Perdana Menteri menegaskan, bukan soal terlalu lama memerintah tetapi penilaian
harus dibuat terhadap kemampuan dan pengalaman BN dalam mentadbir negara ini
sejak merdeka dengan pencapaian dan rekod yang baik.
''Apa sebab
kita mahu tukar kerajaan, tidak ada sebab untuk menukar kerajaan hanya kerana
telah 56 tahun memerintah.
''Ini bukan
soal lama memerintah tetapi yang berpengetahuan dan mampu melaksanakan tuntutan
rakyat untuk menjadi negara maju," katanya semasa merasmikan majlis
Himpunan Komuniti Usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Negeri
Johor 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.
Dalam pada
itu, beliau meminta rakyat supaya tidak sekadar membaca manifesto BN tetapi
harus yakin dan percaya segala yang dijanjikan akan ditunaikan berbanding
manifesto pembangkang yang tidak tentu hala.
Muhyiddin
berkata, pembangkang kini berusaha menyebarkan bidaah dan fitnah kononnya
kerajaan BN akan bankrap kerana memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Menurutnya,
janji pembangkang seperti mahu memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memang menarik perhatian, tetapi rakyat
tidak sedar janji itu sebenarnya cuma mahu mengelirukan mereka. - Utusan Online
No comments:
Post a Comment