KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli perlu menjelaskan sama ada logo PKR yang digunakan hari ini adalah sebenarnya gambar mata anak ikan atau tidak.
Timbalan
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh berkata, Rafizi telah
membuka mata semua pihak mengenai perkara tersebut ekoran hasratnya ingin
menukar nama National Feedlot Corporation kepada 'National Fish Corporation'.
Berikut
adalah kenyataan penuh Omar:
1. Kami
amat hairan mengapa Rafizi sehingga kini enggan mengulas mengenai hasratnya
untuk menukarkan nama National Feedlot Corporation kepada 'National Fish Corporation'.
Malah, kami
juga mendengar bahawa Rafizi telah memulakan program anak ikan secara
senyap-senyap, jadi wajar untuk beliau memberikan penjelasan kerana perkara ini
telah menjadi teka-teki kepada orang ramai.
2. Selaku
calon bagi kerusi Parlimen Pandan, semua orang tempatan ingin mengetahui dari
mulut Rafizi sendiri mengenai program anak ikan ini serta sama ada program ini
mendapat restu dan sokongan daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
atau tidak?
3. Kami
juga ingin tahu, adakah logo serta lambang PKR itu sebenarnya adalah gambar
mata anak ikan?
Rafizi
telah membuka mata orang ramai bahawa logo PKR itu adalah gambar mata anak
ikan. -Utusan Online
No comments:
Post a Comment