Bendahari
Agung MCA, Datuk Seri Tan Chai Ho berkata, pakatan pembangkang secara
keseluruhannya lebih gemar menghantar 'calon payung terjun' untuk menentang MCA
seperti di kerusi Parlimen Ayer Hitam dan Kluang di Johor.
"Pemimpin
keturunan Cina dalam pakatan pembangkang tidak berani menentang UMNO walaupun
mereka asyik mengkritik parti itu.
Beliau
berkata, pengundi mesti menilai sumbangan dan rekod perkhidmatan seseorang
calon sebelum memilih mereka sebagai pemimpin.
"Apabila
Pas meletakkan Hu Pang Chow (Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas) di Ayer
Hitam, pengundi pasti mempersoalkan apa sumbangan calon tersebut di Ayer Hitam
selama ini.
"Apakah
tujuan Pas meletakkan Pang Chow di Ayer Hitam dan adakah ia merupakan cara
untuk memecah-belahkan pengundi Cina di situ?," soalnya. - Utusan Online
No comments:
Post a Comment