PARIT -
Walaupun belum ada kesepakatan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa akan
menjadi Perdana Menteri jika mereka menang pilihan raya umum kali ini, Datuk
Seri Anwar Ibrahim sudah berangan-angan mengangkat sumpah memegang jawatan
tersebut.
Malah, Ketua
Pembangkang itu sudah mencipta skrip ucapan sebaik sahaja sah bergelar Perdana
Menteri nanti.
"Mereka
umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang
di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya.
"Lepas
(angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang beratur nak temuramah. Saya kata pergi
belakang dulu, kasi pengajaran sikit," katanya dalam ceramah yang dihadiri
kira-kira 1,500 penyokong pembangkang di Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri di
sini malam tadi.
Seperti
biasa, Anwar menggunakan pentas ceramah untuk menabur janji manis tanpa
menjelaskan langsung mengenai kegagalan pakatan pembangkang mengotakan janji
manifesto 2008 kepada rakyat Selangor.
Pada 12
Februari lalu, media melaporkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali
lagi menegaskan Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang
berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ini.
Penegasan itu
dibuat oleh Karpal susulan wujudnya dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama Pas
menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan selain menganggapnya sebagai
satu spekulasi.
Namun, semasa
Muktamar Pas pada November tahun lalu, terdapat perwakilan termasuk daripada
Dewan Ulama Pas, Hairun Nizam mencadangkan agar jawatan Perdana Menteri bagi
pakatan pembangkang diberi kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut
Hairun, ahli Pas tidak sepatutnya melobi pemimpin luar daripada Pas untuk
mengisi jawatan tersebut selain menganggap Abdul Hadi merupakan calon yang
sesuai. –UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment