BATU
PAHAT - Masyarakat perlu menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk
memilih Perdana Menteri yang jujur serta mampu memegang amanah dan bukannya
individu yang mempunyai masalah moral serta integritinya dicurigai.
Tokoh
Akademik, Profesor Datuk Dr. Sidek Baba berkata, pemilihan itu penting untuk
diperhalusi oleh rakyat kerana kesilapan membuat pemilihan boleh membawa kepada
kerosakan masa depan negara.
"Malah
individu yang bakal dilantik juga perlu sedar diri tentang amanah yang akan
digalas, jangan sampai dek kerana hendak jadi Perdana Menteri amanah agama dan
bangsa tidak langsung difikirkan," katanya selepas menyampaikan ceramah di
sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment