PRU13:
DR. JUANDA UNDI BN KERANA KONSISTEN TEGAKKAN ISLAM
Katanya,
BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara
ini.
Tegas
beliau lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai
rekod kejayaan untuk dibuktikan.
Sebaliknya,
ujar beliau, kerajaan BN yang selalu dimomokkan sebagai tidak tahu agama oleh pemimpin
Pas, telah mengangkat martabat Islam.
"Pada
saya undi adalah rahsia. Tapi saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah
yang sebenarnya memperjuangkan Islam.
"Puak
sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum. Rotan apa yang akan digunakan
untuk laksana hudud pun belum diputuskan," katanya sinis dalam satu majlis
di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment