KUALA LUMPUR -
Pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak, Datuk Michelle Yeoh secara terbuka
meminta rakyat supaya memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya,
Najib merupakan pemimpin yang telah melakukan banyak perkara bagi membangunkan
negara dan sudah pastinya beliau akan melakukan lebih lagi selepas ini.
"Saya
setulus hati berharap beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri, dan saya
meminta anda semua memberikan mandat yang kukuh kepadanya supaya beliau dapat
memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah," katanya kepada
kira-kira 60,000 orang pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di
Pelabuhan Klang, semalam.
Pada majlis
tersebut, Najib menegaskan jika perubahan yang dicari rakyat, mereka harus
memberikan mandat sekali lagi kepada Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan
sememangnya sedang melakukan perubahan menerusi pelbagai program transformasi. –UTUSAN
ONLINE
No comments:
Post a Comment