SEMPORNA - Kekalutan dalam kalangan pembangkang
terutamanya bagi merebut kerusi pilihan raya umum akan datang, membuktikan
wujudnya jurang besar kesepakatan parti komponen Barisan Nasional (BN) dengan
gabungan cuba dibentuk Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal
berkata, berbanding pembangkang, BN terbukti mampu mengatasi sebarang masalah
secara baik menerusi permuafakatan parti-parti komponennya sekali gus membantu
perjalanan kempen berjalan lancar.
"Memanglah apabila diumumkan calon, ada yang
tidak puas hati. Tetapi melalui permuafakatan, kini segalanya selesai
sehinggakan parti-parti kecil seperti PPP juga diberi peluang bertanding di
beberapa kerusi menyebabkan kami dapat terus menumpukan perhatian kepada kempen.
"Berbeza dengan pembangkang, mereka gagal
mencari kata putus menyebabkan Pas, DAP, PKR dan parti-parti lain terutama di
Sabah bertembung sesama sendiri. Itu belum lagi diungkit pertelagahan di negeri
yang ditadbir sebelum ini seperti di Kedah melibatkan DAP dan Pas,"
katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas meluangkan
masa lebih lima jam berkempen serta melawat lima pusat mengundi di sekitar
Pulau Bum Bum yang mempunyai kira-kira 30,000 penduduk di sini hari ini.
Mengulas keyakinan pembangkang untuk menakluk
Sabah, Shafie sambil tersenyum meminta rakyat untuk mengingati semula ucapan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berkempen pada Pilihan Raya
Umum Negeri Sarawak tahun lalu.
Menurutnya, ketika itu, Anwar melalui siri ceramahnya
penuh yakin mengatakan pembangkang akan memerintah Sarawak. Namun keputusan
pengundian menunjukkan PKR serta rakan sekutu, Pas tidak menang satu kerusi
pun.
"Nilailah seseorang menerusi tindakan dan
bukan ucapannya semata-mata. Di Sabah ini mereka sudahlah tiada 'gergasi' yang
boleh diharapkan, bergaduh pula untuk merebut kerusi seperti di Batu Sapi di
mana Pas bertanding di kawasan yang majoriti pengundinya adalah masyarakat
Cina.
"Bukan itu saja, di Kota Kinabalu yang
dikatakan kubu kuat mereka, ahli DAP bercakaran sesama sendiri menyebabkan
parti itu retak. Kami yakin bukan saja Kota Kinabalu, malah beberapa lagi kubu
pembangkang dapat ditawan sekali gus membawa kejayaan cemerlang kepada BN pada
5 Mei nanti," katanya. -UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment