KUALA
LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh
ditewaskan sekiranya semua pihak bekerjasama untuk menjayakan matlamat itu.
Mursyidul
Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip
berkata, perkara itu bukan sesuatu yang pelik atau mustahil untuk dilakukan.
"Kita
yakin kerana calon BN, Dr. Mazlan Ismail dan pengendali blog Papagomo yang
bakal mencabar Anwar di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13
bukan calang-calang orang," katanya ketika menyampaikan ceramah pada majlis
pelancaran Buku Jing-Gay tulisan penulis blog Papagomo di Dataran Sri Perak,
Perumahan Awam Sri Perak, Bandar Baru Sentul di sini malam tadi.
Yang turut
hadir, bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang,
Aminah Abdullah dan Presiden Barisan Bersatu Nambikei, B. Kalaivanar.
Buku
tersebut merupakan manifesto yang mengandungi 41 janji ditawarkan Papagomo
kepada para pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh. – Utusan Online
No comments:
Post a Comment