KUALA
LUMPUR - Keputusan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali untuk tidak membuat
laporan polis berkenaan isu penyebaran video seks yang mirip beliau boleh
dilihat sebagai merosakkan kredibiliti perjuangan Islam Pas selama ini.
Menurut
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad
berkata, adalah lebih baik Mustafa mengangkat sumpah di mana-mana masjid dan
menjadikan orang ramai sebagai saksi untuk memperbetulkan kembali fakta berkenaan
isu itu jika beliau berada di pihak yang benar.
“Tiada apa
yang perlu ditakuti jika beliau tidak melakukan perkara tidak bermoral itu,
jadikan kisah Saiyidina Uthman sebagai teladan. Bagaimana khalifah ketiga itu
mengangkat sumpah di Masjid Nabawi untuk menafikan pelbagai tuduhan yang
dilemparkan terhadapnya.
“Jika di
kalangan ahli parti melakukan perkara tidak bermoral seperti ini pun sudah
dianggap bertentangan, ini kan pula perwakilan tertinggi parti yang
melakukannya. Sudah semestinya dianggap perkara luar biasa," katanya
ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau
mengulas penafian Mustafa Ali berhubung dakwaan penyebaran video seks yang
menyerupai dirinya di dalam laman sosial baru-baru ini.
Bagi
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata,
sebagai pemimpin tertinggi Pas, Mustafa perlu membersihkan imejnya dengan
terlebih dahulu membuat laporan polis untuk membolehkan pihak terbabit
melakukan penyiasatan terperinci bagi mendapatkan kesahihan adakah beliau
(Mustafa) merupakan pelakon utama video itu ataupun tidak.
Sekarang
ini, langkah terbaik, dia sendiri pergi buat laporan polis supaya perkara
tersebut boleh disiasat dan dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap
pesalah jika dia berada di tempat yang benar.
“Sebagai
sebuah parti yang berteraskan Islam masyarakat melihat Pas sebagai tidak
konsisten dan goyah dalam memegang prinsip Islamnya, jangan lupa maruah dalam
agama perlu dipertahankan bagi menutup keaiban diri sendiri," katanya di
sini.
Jelas
Abdullah, ekoran video seks ini, kredibiliti jawatankuasa tatatertib Pas
sedikit terjejas sejak kebelakangan ini.
“Soal
perkaitan moral dan akhlak ahli parti pun tidak mampu diselesaikan ini telah
menunjukkan jawatankuasa Pas lemah dalam mengambil tindakan disiplin,"
jelasnya lagi. -Utusan Online
No comments:
Post a Comment