SHAH ALAM -
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Selangor memberi sokongan padu kepada
pasukan transformasi calon Barisan Nasional (BN) yang diyakininya mampu membawa
negeri itu lebih maju dan hebat pada tahun-tahun mendatang.
Sambil
menyifatkan rakyat Selangor kini semakin cerdik dan tidak akan tertipu dengan
janji- janji pembangkang untuk kali kedua, Pengerusi BN itu berkata, beliau
percaya rekod cemerlang BN di peringkat Pusat dapat diterjemahkan dalam
membangunkan Selangor jika mandat dikembalikan kepada parti itu 5 Mei ini.
Malah, kata
beliau, keyakinan meraih kembali sokongan rakyat itu diperkuatkan lagi dengan
kegagalan pakatan pembangkang melaksanakan manifesto mereka sepanjang lima
tahun memerintah Selangor.
"Saya
dengan rasa rendah diri bagi pihak BN ingin menyatakan kepada rakyat Selangor,
kalau percaya kepada kepada kerajaan Pusat, percaya kepada saya ketua kerajaan
BN, maka berilah sokongan kepada pasukan BN Selangor.
"Ini
kerana pasukan ini menjadi harapan saya untuk membawa transformasi kepada
Selangor.
"Kepada
pasukan ini, inilah mesej kita. Marilah kita dalam tempoh beberapa hari ini
pastikan kita berjumpa dengan semua rakyat. Gunakan masa ini dengan
sebaik-baiknya membawa diri dengan pembawaan rasa rendah diri berjumpa rakyat,"
kata beliau.
Beliau
berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada pelancaran Aku Janji atau
Manifesto BN Selangor yang merangkumi tujuh teras 56 janji di Pusat Konvensyen
Shah Alam di sini malam ini.
Yang turut
hadir, Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Pengarah
Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed, isteri Najib, Datin
Seri Rosmah Mansor serta kesemua calon BN Selangor serta para pemimpin parti
komponen.
Najib
menarik perhatian bahawa harapan BN untuk mencapai kemenangan di Selangor bukan
semata-mata untuk manfaat negeri itu tetapi sebenarnya untuk faedah negara
keseluruhannya.
"Kira-kira
60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara ini bergantung kepada
kejayaan membangunkan Selangor. Sebabnya peratusan KDNK besar, kalau kita tidak
jamin KDNK yang tinggi, tak mungkin negara boleh bertukar jadi negara maju.
"Banyak
perkara penting perlu kita tentukan dalam pilihan raya umum ini sebab itu bukan
soal Selangor sahaja tetapi untuk Malaysia," katanya.
Menurut
beliau, BN telah mempelajari kesilapan lalu dan beliau sendiri telah meminta
maaf.
"Dan
kita semua berazam untuk melakukan yang terbaik dengan semangat kekitaan kita,
semangat barisan 1Malaysia BN yang berkongsi kuasa antara paksi falsafah
1Malaysia," katanya. – Utusan Online
No comments:
Post a Comment