71 % PENGGUNA TIDAK TERKESAN
KENAIKAN TARIF ELEKTRIK - PM
KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan bahawa 71 peratus
pengguna tidak akan terjejas dengan kenaikan harga tarif elektrik yang
diumumkan minggu lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Tenaga
Nasional Berhad (TNB) memerlukan RM6 bilion setahun untuk pelaburan.
"71 peratus pengguna tidak dikenakan kenaikan ini,
sebaliknya hanya 30 peratus domestik industri dan komersial sahaja.
"Kita perlu lakukan kenaikan tarif ini kerana jika
tidak ia akan menjejaskan keupayaan TNB, tetapi kita nak pastikan rakyat
teramai tidak terjejas, " katanya pada sidang media selepas selesai
membuat ucapan penggulungan semperna Perhimpunan Agung Umno 2013, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai rungutan orang ramai yang
menyifatkan kenaikan tarif elektrik itu sebagai membebankan berikutan tindakan
kerajaan menarik subsidi gula dan petrol.
Najib berkata, kenaikan itu sudah lama tidak dilakukan, apa
yang diputus itu memerlukan komitmen kerajaan.
"Kenaikan ini bagi menjamin kewangan negara yang lebih
kukuh. Bagaimanapun kami mendengar keluhan rakyat sebab itu Bantuan Rakyat 1
Malaysia (BR1M) ditambah.
"Kerajaan perlukan kekuatan fiskal dan perkara ini
tidak dapat dielak," katanya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment