DIKAIT SYIAH, MAT
SABU TETAP 'COOL'
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan
kelewatannya bertindak apabila dikaitkan dengan isu Syiah kerana mahu kekal
"cool".
Bercakap kepada Sinar Harian dalam wawancara khas semalam,
Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, apabila dirinya
dikaitkan dengan fahaman itu, perkara pertama dilakukan adalah tidak boleh
melatah dan perlu berbincang dengan individu yang lebih arif mengenainya.
"Saya orangnya jenis "cool", saya kena berbincang dengan peguam dan benda
ini bukan benda perlu melatah apa-apa.
"Saya pun sudah sebut dah tajuk ini (dalam sidang
media), biarlah ia di mahkamah, baik kita cakap benda lain," katanya dalam
temu bual yang diadakan di pejabatnya, semalam.
Awal bulan ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno
menyatakan pembabitan pemimpin nombor dua Pas itu dengan fahaman Syiah.
Beliau kemudian menggesa pihak bertanggungjawab
mengendalikan kes itu
Susulan itu, Ahmad
Zahid menerusi kementeriannya mengemukakan 10 bukti bagi mengaitkan Mat Sabu
dengan Syiah dan menggesa pemimpin Pas itu membuktikan dirinya tidak terlibat
dengan fahaman itu.
Selain 10 bukti yang didedah kepada awam, KDN berkata,
beberapa bukti yang dikategorikan gred A akan diserahkan kepada Jakim bagi
tindakan selanjutnya.
Namun Mat Sabu dilihat mengambil pendekatan relaks dan baru
semalam secara rasminya menyatakan pendirian berhubung tuduhan penganut Syiah
yang dilemparkan ke atasnya.
Beliau mengumumkan bakal memfailkan saman ke atas Ahmad
Zahid kerana mendakwa menteri itu sebagai pencetus yang mengaitkan beliau
dengan isu Syiah.
Dalam pada itu, Mat Sabu yang baru semalam diumumkan sebagai
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baru berkata, selepas ini beliau tidak akan
lagi bercakap kepada umum isu berkaitan Syiah.
"Saya memang tak akan cakap isu ini lagi, saya akan
cakap isu biasa saja," katanya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment