PERMUDAH PINJAMAN
PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini bagi memastikan
kakitangan kerajaan dapat memiliki rumah sendiri dengan lebih mudah.
“Pinjaman sekarang adalah berasaskan gaji. Ini bermakna,
penjawat awam tidak mendapat pinjaman penuh dan selebihnya terpaksa meminjam
bank.
“Sekiranya dapat pinjaman penuh daripada kerajaan, lebih
mudah. Mereka boleh bayar pinjaman itu dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) dan wang pencen,” katanya ketika berucap di Konvensyen Tri-Tahunan
Ceupacs ke-26 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di
sini, semalam.
Katanya, Cuepacs turut mencadangkan agar kerajaan mengkaji
semula imbuhan tetap perumahan penjawat awam sebanyak RM180 sebulan dan kadar
faedah pinjaman perumahan sebanyak empat peratus.
“Harga rumah sekarang mahal dan hampir 35 peratus kakitangan
awam tidak ada rumah sendiri.
"Jadi, kita harap kerajaan dapat mempertimbangkan
cadangan ini mengikut kemampuan kerajaan,” katanya.
Selain itu, badan itu juga meminta kerajaan memberi cuti
tanpa rekod kepada penjawat awam untuk menunaikan umrah.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment