Dasar
Pandang ke Timur yang diperkenalkan pada 1982 masih lagi relevan dan wajar
diteruskan di negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun rakyat Malaysia perlu lebih selektif dan bijak memilih nilai yang terbaik dari negara matahari terbit itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun rakyat Malaysia perlu lebih selektif dan bijak memilih nilai yang terbaik dari negara matahari terbit itu.
"Dasar
Pandang ke Timur masih lagi boleh diteruskan tetapi kali ini kita perlu lebih
selektif dan bijak memilih untuk mendapatkan sesuatu nilai yang terbaik.
"Kita
masih boleh mengadaptasi perkara yang baik-baik dari Jepun dan yang paling
penting bersesuaian dengan budaya dan nilai di Malaysia," katanya ketika
berucap di hadapan delegasi dari Jepun sempena Makan Malam Persidangan Dasar
Pandang ke Timur - Satu Dimensi Baharu.
Majlis
tersebut turut dihadiri isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.
Menurut Dr.
Mahathir, selain bijak memilih nilai yang baik, rakyat Malaysia juga perlu
lebih selektif dalam soal etika kerja dan inovasi.
"Kita
patut berbangga dengan Jepun kerana mereka telah 'meniru' sesuatu produk
sebelum menginovasikan semula produk tersebut hingga menjadi yang lebih baik
daripada produk asal.
"Selain
itu, etika kerja yang diamalkan di Jepun juga masih lagi boleh diguna pakai
tetapi perlu dinilai. Mana yang baik boleh diteruskan dan mana yang tidak baik
jangan diikut," katanya.
Sementara
itu, Dr. Mahathir berkata, salah satu cara lain untuk rakyat negara ini mempelajari
budaya dan etika negara matahari terbit itu adalah dengan membina universiti
Jepun di Malaysia.
Katanya,
universiti tersebut akan memberi kemudahan untuk rakyat Malaysia mempelajari
budaya mereka selain memberi peluang golongan kurang berkemampuan untuk
mendalami budaya pandang ke timur tersebut.
"Pembinaan
universiti ini bakal memberi keuntungan kepada Malaysia dan Jepun,"
katanya. -Utusan Online
No comments:
Post a Comment