PETALING JAYA: Wakil Cina dalam Kabinet
yang dijangka akan diumumkan esok, masih menjadi keutamaan bagi Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memilih pasukan pentadbirannya.
Difahamkan Najib telah mengadakan
beberapa siri mesyuarat bersama dengan pemimpin parti komponen BN termasuk
wakil pemimpin senior Umno berhubung dilema yang dihadapi selepas MCA enggan
menerima sebarang jawatan dalam kerajaan selepas keputusan yang kurang
memberansangkan dicatatkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
MCA hanya memenangi tujuh daripada 37
kerusi Parlimen yang ditandinginya dan dalam mesyuarat agung luar biasa parti
itu tahun lalu memutuskan resolusi bahawa sekiranya mereka tidak dapat mencipta
keputusan yang lebih baik daripada pilihan raya umum 2008 mereka tidak akan
menerika sebarang jawatan dalam jabatan kerajaan.
Bagaiamanapun, difahamkan Najib masih
mahu mengekalkan konsep kepelbagaian kaum dalam BN yang memerlukan wakil Cina
dalam Kabinet.
Barisan Kabinet yang baru dijangka akan
mengangkat sumpah di Istana Negara pada Khamis.
Gerakan merupakan sebuah parti pelbagai
kaum namun didominasi oleh kaum Cina, kini hanya mempunyai seorang wakil di
Dewan Rakyat bagi kerusi Parlimen Simpang Renggam di Johor.
Turut kedengaran spekulasi mengatakan
Najib masih mengosongkan beberapa jawatan Kabinet untuk dipegang oleh MCA
apabila mereka telah bersedia untuk memegang jawatan berkenaan.
Sementara itu, Najib, boleh menjadi
penjaga kepada dua jawatan menteri di kementerian berkenaan.
Satu lagi cadangan ialah Najib melantik
tokoh akademik Cina terkenal atau tokoh perniagaan sebagai menteri.
Selain itu, Najib dan Timbalannya, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengekalkan tiga-tiga Naib Presiden Umno dalam
Kabinet yang terdiri daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie
Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Ada juga cakap-cakap yang mengatakan
Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr S.
Subramaniam akan dilantik menyertai Kabinet selepas mereka masing-masing
memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dan Segamat.
Najib juga mempunyai pilihan untuk
melantik semula Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala
kerana tempoh pelantikannya sebagai senator hanya akan tamat pada 2015.
Sebelum pilihan raya umum, terdapat 10
senator yang memegang jawatan serta portfolio sebagai menteri dan timbalan
menteri
Mencari calon wanita dalam Kabinet juga
tidak menjadi satu masalah.
Antara pelopor yang dijangka akan
dilantik sebagai menteri ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon, Datuk Halimah Sadique yang
memenangi kerusi Parlimen Tenggara serta bekas Timbalan Menteri Kesihatan Datuk
Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Najib juga dijangkan mempertimbangkan
penyertaan muka-muka baru dalam Kabinet termasuk mereka yang mengetuai syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) serta tokoh korporat ternama yang dapat memperbaiki
pengurusan ekonomi negara.
Antara nama yang menjadi sebutan ialah
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar.
Bagi mencari wakil generasi muda
Malaysia dalam Kabinet, Perdana Menteri boleh membuat pilihan termasuk memilih
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kota Belud,
Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor
Negara, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, Khairy dan Abdul Rahman
merupakan calon sesuai yang dapat menarik minat pengundi muda.
"Untuk mendapat sokongan orang
muda, anda perlu menteri yang bersikap vokal dan tidak takut untuk
berterus-terang, kerana pada mas kini tidak ramai pemimpin seperti mereka dalam
barisan Ahli Parlimen sedia ada. Ini akan menimbulkan masalah," katanya.
Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS)
Tan Sri Ramon Navaratnam berkata ramai pihak berharap barisan Kabinet yang baru
akan terdiri daripada pemimpin yang bijak, layak, muda serta jujur yang
berfikir serta meletakkan kepentingan rakyat Malaysia di hadapan.- mStar
No comments:
Post a Comment