GEORGE TOWN: MCA
Pulau Pinang meminta pihak yang berkenaan agar tidak menyalahkan Presiden parti
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sepenuhnya atas prestasi buruk MCA pada pilihan raya
umum ke-13 lepas.
Timbalan
Pengerusi MCA Pulau Pinang Datuk Dr Loh Hock Hun berkata sebaliknya semua pihak
harus memikul tanggungjawab itu selain berpegang kepada keputusan parti untuk
tidak menerima jawatan dalam kerajaan.
"...kami
tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini dan kami tetap
bertanggungjawab dan akan terus menjalankan tanggungjawab kami kepada kaum Cina
di negeri ini," katanya pada sidang media, di sini, Selasa.
Loh berkata
demikian sebagai menyokong kenyataan Dr Chua yang hanya akan berundur selepas
selesai penyusunan semula parti selain bertegas MCA tidak akan menerima jawatan
dalam kerajaan.
Dr Chua juga
dilapor tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini.
Menurut Loh,
MCA Pulau Pinang juga mahu proses pemilihan parti yang bermula bulan depan
berlangsung dalam suasana baik dan demokrasi.
Ditanya
mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tetap mahu
wakil kaum Cina dalam kabinet, Loh berkata mereka menyerahkan perkara itu
kepada pucuk pimpinan tertinggi MCA. –BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment