ISU PENGHARAMAN SISHA: MENGANDUNGI 100 BAHAN KIMIA
TERMASUK NIKOTIN
sisha |
Pakar
Perunding Hospital Columbia Asia, Dr Dimitraj Maniam berkata, walaupun
kandungan kimia dalam rokok lebih padat, namun sisha boleh memberi kesan buruk
jangka panjang berikutan tempoh masa ia dihisap lebih lama berbanding rokok.
“Biasanya
sisha dihisap dalam tempoh 45 minit hingga satu jam atau lebih, asap sisha
dihidu pengguna menyamai 50 hingga 60 batang rokok.
“Walaupun
kesannya tidak sama, namun tetap mendatangkan risiko bahaya khususnya bagi
mereka mempunyai sejarah keluarga menghidap barah.
“Ia biasanya
akan meningkatkan kecenderungan penyakit barah terhadap bahagian mempunyai
hubungan langsung dengan penggunaan shisha termasuk paru-paru, tekak dan
mulut,” katanya.
Selain itu,
katanya, kandungan nikotin dan tar boleh mendatangkan ketagihan terhadap
pengguna yang menyebabkan keinginan mereka untuk terus menghisap sisha sentiasa
meningkat.
“Ramai
beranggapan mereka gemar menghisap sisha disebabkan perasa buah-buahan dan
manisan yang terdapat padanya.
“Tetapi
sebenarnya tanggapan ini salah kerana kandungan nikotin dan tar merupakan punca
ketagihan mereka terhadap sisha,” katanya.
Beliau turut
bersetuju sekiranya penggunaan dan penjualan shisha dikawal agar tidak
memberikan kesan buruk terhadap kesihatan orang ramai.
No comments:
Post a Comment