KOS AMAH INDONESIA PADA KADAR RM8,000
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud melibatkan kedua-dua negara.
Sudah dibayar mahal, jangan begini pula jadinya
|
Beliau berkata
penetapan kos itu adalah antara perkara yang terkandung dalam Memorandum
Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia di antara Kerajaan Malaysia
dan Indonesia 2011, yang tertangguh pelaksanaannya sebelum ini.
"Antara
kos yang terlibat ialah latihan selama 200 jam, kos dokumen perjalanan, kos
makanan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan, kos
pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan serta bayaran kepada agensi pekerjaan
di kedua-dua negara," katanya.
Muhyiddin
berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarakat kali
ke-10 jawatankuasa itu di Bangunan Parlimen.
Di bawah
Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia sebelum
ini, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak
RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah
berkenaan.
"Mungkin
sesetengah pihak berkata kos telah naik dari RM4,500 ke RM8,000. Tetapi,
sekiranya kerajaan Malaysia tidak bersetuju dengan itu, sampai bila-bila pun
kita tidak dapat melaksana pengambilan pembantu rumah Indonesia.
"Indonesia
sudah membandingkan dengan negara lain yang sanggup bayar tinggi. Rakyat
Malaysia mahukan pembantu rumah. Kalau begitu, kita kena mengambil kira faktor
di luar kawalan sebagai penanda aras walaupun kos dianggap tinggi," kata
Muhyiddin.
Timbalan
Perdana Menteri berkata perubahan kos struktur itu akan dibawa ke dalam
perundingan di antara kedua-dua kerajaan bagi mendapatkan persetujuan, agar
dapat dikuatkuasakan secepat mungkin.
Beliau berkata
perinciannya akan disampaikan oleh Kementerian Sumber Manusia setelah mendapat
persetujuan bersama, dan pihak yang berurusan dengan pengambilan pembantu rumah
hendaklah mematuhinya.
Selain itu, Muhyiddin berkata jawatankuasa berkenaan juga
memutuskan supaya pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 tidak terpakai kepada
pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
"Gaji
minimum kita tak ambil kira. Itu terserah kepada majikan untuk tentukan
mengikut kadar pasaran," katanya.
Mengulas
lanjut, Muhyiddin berkata kerajaan juga memutuskan untuk memansuhkan
pengeluaran Journey Perform Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober 2013.
Sebelum ini JP
Visa dikeluarkan kepada warganegara Indonesia yang memasuki negara ini melalui
Pas Lawatan Sosial sebagai pelancong untuk mendapatkan pekerjaan di
Malaysia. –Bernama/ Sinar Harian
No comments:
Post a Comment