PRK KUALA BESUT: KERUSI DUN KEKAL MILIK PAS
KUALA LUMPUR - PKR telah memutuskan bahawa kerusi bagi Dun Kuala Besut kekal milik Pas, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Beliau
berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan panjang bersama pimpinan PKR
pusat dan Terengganu.
“PKR telah
buat ketetapan ini dalam satu majlis, kelmarin.
“Kita akan
sokong calon Pas yang akan terus kekal di Dun Kuala Besut. PKR Terengganu dan
Pusat telah mengerahkan jentera untuk membantu kemenangan Pas di sana,” katanya
ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.
Menurut Ahli
Parlimen Gombak itu, pendirian itu akan dibawa pada mesyuarat pimpinan PR
minggu ini.
Menurut Azmin,
walaupun terdapat gesaan daripada peringat negeri Terengganu untuk meletakkan
calon PKR di kerusi tersebut, namun keputusan yang telah dibuat itu harus
dihormati semua pihak.
Isu perebutan
kerusi Dun Kuala Besut mula tercetus apabila Azmin dalam kenyataannya semalam
tidak menolak untuk meletakkan calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di
kawasan itu.
Sementara itu,
mengulas kenyataan Lim Guan Eng agar Pas memboikot PRK Kuala Besut sebagai
tanda protes keputusan PRU13 lalu, Azmin
berkata, kenyataan Setiausaha Agung DAP itu adalah pendapat peribadi.
“Mengenai
keputusan akhir kita akan tahu lepas majlis pimpinan PR rakyat (yang dijangka
Rabu ini),” katanya.– Sinar Harian
No comments:
Post a Comment