PRK KUALA BESUT: CALONNYA BUKAN AZHAR IDRUS, TAPI
WAN AZHAR
KUALA
TERENGGANU – Ustaz Azhar Idrus tiada dalam senarai pilihan Pas untuk dicalonkan
pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.
Pesuruhjaya
Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika menjawab soalan pemberita
mengenai desas-desus pendakwah terkenal itu akan dipilih mewakili Pas, memberikan jawapan 'tidak' sebanyak tiga
kali.
Terdahulu,
ketika ditanya mengenai 'Ustaz Azhar' beliau mengiyakan kerana menyangka
pemberita merujuk kepada Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan
Ahmad yang juga dikenali sebagai Ustaz Azhar.
“Antara banyak
nama yang naik, termasuk nama Ustaz Azhar (Wan Azhar Wan Ahmad), dia sebagai
Yang Dipertua Pas Kawasan (Besut),” katanya.
Bagaimanapun,
beliau membetulkan identiti orang yang disenaraikan itu selepas menyedari Ustaz
Azhar yang dimaksudkan media adalah Azhar Idrus.
Sebelum ini,
beberapa media melaporkan Ustaz Azhar Idrus sebagai kemungkinan disenaraikan
calon Pas pada PRK ini.
Mengulas
lanjut mengenai Azhar Idrus, Mohd Abdul Wahid menjelaskan, ikon agama itu tidak
berminat bertanding bagi mewakili parti politik.
“Dia orang
Ladang (kawasan di bandar Kuala Terengganu), orang sini. Banyak maklumat yang
kita terima menyatakan dia tidak berapa minat bertanding, tetapi kita tengoklah
nanti (apakah beliau ingin bertanding) suatu masa nanti kerana belum muktamad,”
katanya.
Selain Wan
Azhar, satu-satunya calon Muslimat yang ditempatkan di kerusi Dun Kuala Besut
pada PRU13 lalu, Napisah Omar turut disenarai pendek.
Beliau turut
menjelaskan, kebanyakan senarai nama adalah daripada kalangan anak tempatan dan
pihaknya sedang meneliti perkara itu untuk mengetengahkan calon terbaik bagi
memastikan kemenangan Pas.
Mohd Abdul
Wahid turut mengumumkan Adun Paka yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas
Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Negeri.
“Jentera
pilihan raya sudah kita lantik dan lepas ini, kita akan pastikan jentera kita
bergerak lancar,” katanya.
No comments:
Post a Comment