ISU PENGHARAMAN SISHA: PERAK, KELANTAN TUNGGU KAJIAN
JAKIM
Menghisap sisha diharamkan Jawatankuasa Fatwa Perlis
kerana dipercayai
mendatangkan kemudaratan.
|
Mufti Perak,
Tan Sri Harussani Zakaria berkata, buat masa ini pihaknya tidak dapat
mengeluarkan fatwa berhubung isu berkenaan kerana perlu menunggu hasil
perbincangan antara Jakim dengan Liga Arab.
“Di negara
Arab pun ramai yang hisap sisha. Jadi, kita perlu menunggu kajian dari Jakim
terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang fatwa.
“Bila sudah
dapat laporan lengkap dari kajian tersebut, baru kita boleh cerita dengan lebih
lanjut,” katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah
Sungai Siput, semalam.
Sementara itu
Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri berkata, pihaknya hanya akan membuat
keputusan selepas Muzakarah Fatwa Kebangsaan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Katanya,
memandangkan ia isu nasional, keputusan perlu mendapat persetujuan secara
menyeluruh melalui kajian dan mempunyai penjelasan yang tidak boleh
dipertikaikan pihak lain.
Menurutnya,
Majlis Fatwa Kelantan sudah membincangkan status sisha sejak tahun lalu dan
akan dibincangkan sekali lagi tahun ini di mana pihaknya kini sedang
memperhalusi alasan-alasan.
“Secara
persendirian, kita sedang memperhalusi dalil-dalil mengharamkan sisha bukan
hanya melihat pada aspek kesihatan, mudarat kepada tubuh badan, tetapi juga
sejauh mana bahaya kepada masyaraka," katanya.
Menurutnya,
Majlis Fatwa Kelantan juga mendapatkan
pandangan daripada tokoh agama dan ulama dari negara Arab terutamanya Mesir.
“Untuk buat
keputusan tak mudah, tertunda sejak tahun lalu lagi.
No comments:
Post a Comment