ISU DAKWAT KEKAL: SIASAT
TIDAK BERERTI SALAH
Setiausaha
Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara tersebut
dilakukan kerana terlalu banyak desakan daripada PR yang dilihat tidak boleh
menerima kekalahan mereka pada PRU13 lalu.
“Inilah yang
terjadi apabila agensi bebas yang telus itu menjadi mangsa mereka yang keras
hati dan angkuh.
“Tapi,
kebenaran akan terbukti. Tidak semestinya yang disiasat itu bersalah,” katanya
kepada media, di sini, semalam.
Sementara itu,
Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, siasatan
tersebut juga adalah membuktikan kerajaan dan setiap agensi tidak
menyembunyikan apa-apa dan bersedia memberi kerjasama.
“Saya melihat
perkara ini masih dalam peringkat siasatan. Kesediaan SPR memberi kerjasama
menunjukkan agensi ini tidak gentar dengan gesaan pihak tertentu.
“Rakyat akan
dapat menilainya sendiri dan berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,”
katanya. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment