PRK KUALA BESUT: MIC BANTU BN KEKALKAN KERUSI DUN
KUALA LUMPUR -
MIC akan menurunkan jenteranya bagi membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan
kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Terengganu pada pilihan raya
kecil kerusi berkenaan.
Timbalan
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata jumlah masyarakat India di
kawasan berkenaan hanya beberapa ratus orang dan pihaknya yakin dapat bertemu
mereka seberapa ramai mungkin.
"Kami
akan berjumpa dengan seberapa banyak masyarakat India, 0.08 peratus (daripada
jumlah pengundi) tidak banyak, beberapa ratus sahaja, ia kawasan Umno,"
katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Dun Kuala
Besut bakal menyaksikan pilihan raya kecil, yang pertama selepas pilihan raya
umum ke-13 (PRU13), berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar pada
Rabu lepas.
Pada PRU13, 5
Mei lepas, Dr A. Rahman mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut untuk BN dengan
mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Suruhanjaya
Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi menentukan tarikh
pilihan raya kecil bagi kerusi itu.
Dun Kuala
Besut mempunyai 17,679 pengundi berdaftar.
– Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment