ISU AIR MENTAH: SAYA HANYA SEDIA JUMPA MUKHRIZ –GUAN
ENG
GEORGETOWN -
“Saya hanya sedia jumpa (Menteri Besar Kedah, Datuk) Mukhriz (Tun Mahathir)
sendiri, bukan dengan orang lain," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng ketika mengulas kenyataan Mukhriz bahawa pihaknya akan menghantar
wakil untuk berbincang mengenai isu caj air mentah dari Sungai Muda yang
dikenakan oleh kerajaan negeri itu terhadap Pulau Pinang.
Dalam
kenyataan terdahulu, Mukhriz berkata, beliau akan mengarah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd
Ali dan Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Anas Ahmad Zakie untuk untuk
mewakilinya dalam perbincangan itu.
Bagaimanapun
bagi Guan Eng, langkah hantar wakil tidak sesuai dan tidak tepat.
"Saya
hanya sedia jumpa dengan Mukhriz, bila-bila masa saja," katanya.
Menurut Guan
Eng, rundingan mengenai caj air sewajarnya dibincang antara ketua kerajaan
(ketua menteri dan menteri besar) sahaja, bukan melalui pihak ketiga.
Walaupun sudah
buka pintu untuk rundingan, namun Guan Eng tetap dengan pendirian bahawa Pulau
Pinang tidak perlu bayar sesen pun kepada Kedah dengan alasan air itu
dianugerah secara percuma ikut undang-undang antarabangsa.
Kelmarin,
Mukhriz meminta Pulau Pinang bersikap lebih terbuka untuk membincangkan isu air
mentah yang dibangkitkan sejak tahun lalu.
Kerajaan Kedah
penggal lalu mengenakan caj air mentah sebanyak RM20 juta setahun kepada Pulau
Pinang. –Sinar Harian
No comments:
Post a Comment