ISU DAKWAT KEKAL: SPR DISIASAT, PELUANG BERSIHKAN
NAMA –PENGANALISIS
SHAH ALAM -
Penganalisis politik melihat siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebagai
tindakan yang boleh membersihkan nama badan pengendali pilihan raya itu.
Pensyarah
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata,
siasatan terhadap isu penggunaan dakwat kekal pada PRU13 ini penting kepada
SPR.
Menurutnya,
imej SPR akan dapat dipulihkan setelah pihak yang bertanggungjawab dalam
kegagalan perlaksanaan dakwat kekal itu dikenakan tindakan.
"Siasatan
ini penting. Sepatutnya SPR sudah awal-awal lagi menubuhkan pasukan siasatan
ini mencari siapa yang bertanggungjawab ke atas isu ini.
"Rakyat
mahu isu ini segera diselesaikan dan bukannya ditangguhkan dengan tempoh yang
terlalu lama, setelah berakhirnya PRU13," katanya kepada Sinar Harian,
semalam.
Beliau berkata
demikian ketika mengulas sama ada siasatan ini akan beri kesan positif atau
negatif kepada SPR.
Setiausaha
Tugas-tugas Khas Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, institusi kerajaan
seperti SPR harus bertindak cepat dalam mengendalikan isu-isu berbangkit yang
menjadi perhatian rakyat.
"Ini
kerana jika isu tersebut lambat ditangani, rakyat akan mula menanam persepsi
tertentu, contohnya dalam isu dakwat kekal ini," katanya.
Ketika ditanya
adakah waktu siasatan isu dakwat kekal ini sesuai, iaitu sebelum tarikh pilihan
raya kecil (PRK) Kuala Besut, Terengganu diputuskan, beliau berkata, siasatan
ini perlu disegerakan.
"Lebih
cepat lagi bagus, rakyat mahu isu ini diselesaikan secepat mungkin,"
katanya.
Kelmarin,
Sinar Harian melaporkan kenyataan Pengarah siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali
bahawa siasatan kini dijalankan ke atas SPR berhubung pembelian dakwat yang
didakwa mudah tanggal ketika digunakan dalam PRU, yang lalu.
Manakala,
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula menegaskan pihaknya akan
memberikan sepenuh kerjasama dalam siasatan ini.
No comments:
Post a Comment