PRK
KUALA BESUT: VETERAN UMNO MAHU PENGUNDI WARGA EMAS UNDI BN
MELAKA - Kelab Veteran Umno kini fokus untuk memastikan 2,385 pengundi
warga emas berusia lebih 60 tahun mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan
raya kecil Dun Kuala Besut.
Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata Veteran Umno juga akan
pilihan raya yang melibatkan 17,683 pengundi berdaftar itu.
"Ini selaras dengan kempen 'Keluargaku Pengundi BN' yang dijalankan
Veteran Umno. Veteran Umno di Besut akan turun padang habis-habisan bagi
memastikan kemenangan calon BN.
"Sebanyak 10,000 pelekat 'Keluargaku Pengundi BN' akan diedarkan
kepada anggota Veteran Umno bagi menarik perhatian pengundi Dun Kuala
Besut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandang
kerusi Dun Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN pada 26 Jun lepas.
Penamaan calon akan diadakan esok manakala pengundian awal 20 Julai dan
pengundian biasa pada 24 Julai.
BN menamakan anak tempatan seorang jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abdul
Rahman, 37, manakala PAS menamakan kontraktor Endot@Azlan Yusof, 48, sebagai
calon parti masing-masing.
Mustapha berkata Veteran Umno juga akan mengadakan program yang
bersesuaian dengan bulan Ramadan seperti majlis tahlil, bacaan Yasin, tazkirah
Ramadan dan majlis berbuka puasa secara berkelompok menjelang pilihan raya
kecil ini.
"Lawatan rumah ke rumah bagi mengeratkan silaturahim di samping
menjawab isu-isu semasa, gotong-royong membersih surau dan masjid serta tanah
perkuburan akan dijalankan veteran di Dun itu," katanya.
Beliau berkata tenaga penceramah luar bagi pilihan raya kecil ini
hendaklah terdiri daripada penceramah agama bukannya penceramah politik
semata-mata dan sistem bapa angkat dari luar hendaklah dilaksanakan dengan
berkesan bagi menarik pengundi memilih calon BN.
"Isu tempatan antaranya isu nelayan di kawasan itu perlu
diselesaikan pihak yang terlibat seperti Jabatan Perikanan. Isu lain seperti
kenaikan harga barang perlu dibendung bagi memastikan ia tidak dijadikan modal
politik pembangkang," katanya.
No comments:
Post a Comment