ISU
DAKWAT KEKAL: JANGAN PERLEKEH SISTEM SPR
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan telah berusaha
untuk memperbaiki masalah berhubung dakwat kekal dengan mengambil pendekatan
mencelup jari ke dalam botol pada Pilihan Raya Kecill (PRK) Kuala Besut.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR akan mencuba
pelbagai kaedah untuk memastikan masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan
baik.
Menurutnya, rakyat juga perlu berubah sikap yang suka memperlekehkan
sistem SPR, walaupun telah berusaha memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa
terutamanya dalam isu dakwat kekal.
"Cara celup jari telah dilakukan di kebanyakan negara, jadi SPR
turut mencuba pelbagai kaedah untuk menambah baik usaha ini.
"Keberkesanan dakwat itu di kulit bukan di kuku jika dakwat telah
dicelup ia akan lebih berkesan dan seragam, bukan calit ada yang sekali ada
yang dua kali.
"Negara kita ini kebanyakannya nak perlekeh dakwat ini, negara lain
tak ada usaha nak hilangkan dan cuci jari mereka, tapi di negara ini, ada pihak
mencuba dengan pelbagai cara untuk hilangkannya kerana tak percaya pada
SPR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Semalam, SPR mengumumkan akan menggunakan kaedah mencelup jari telunjuk
kiri ke dalam botol dakwat bagi menggantikan kaedah mencalit pada Hari
Pengundian Awal (20 Julai) dan Hari Pengundian Biasa (24 Julai) di PRK Kuala
Besut.
Dalam pada itu, Wan Ahmad juga berkata, dakwat kekal yang akan digunakan
pada PRK tersebut diperolehi daripada pembekal yang baru.
"Kita telah ambil daripada pembekal baru bagi mengelak perkara yang
sama berlaku," katanya lagi.
Bagaimanapun apabila diminta mengulas berapa lama dakwat tersebut akan
kekal, Wan Ahmad berkata, SPR berharap dakwat kekal yang dicelup itu nanti akan
bertahan lama melainkan jika tidak ada usaha untuk membersihkannya.
"Saya tak boleh nak kata berapa hari ia akan kekal, kalau tidak ada
usaha hendak bersihkannya ia akan tahan," katanya.– Sinar Harian
No comments:
Post a Comment