PRK
KUALA BESUT: TENGKU ZAIHAN PILIHAN TEPAT, KATA PENDUDUK
KUALA BESUT - Rata-rata pengundi di kawasan Dun Kuala Besut melahirkan
rasa gembira terhadap calon BN yang diumumkan Timbalan Pengerusi BN Malaysia,
Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Kuala Besut, semalam.
Penduduk Kampung Alor Jejawi, Abdul Hamid Abd Rahman, 48, berkata, parti
membuat pemilihan tepat apabila menampilkan orang muda iaitu Tengku Zaihan Che
Ku Abdul Rahman sebagai calon.
Menurutnya, walaupun tidak begitu mengenali calon secara dekat tetapi dia
mengenali bapa Tengku Zaihan, Che Ku Abd Rahman Che Ku Abdullah sebagai orang
berpengaruh di Kuala Besut.
“Bapa beliau adalah guru agama dan aktivis veteran Umno yang disegani
ramai di kawasan Kuala Besut selain mempunyai ramai saudara mara,” katanya.
"Tengku Zaihan mempunyai peluang cerah untuk menang kerana dia
mempunyai kelulusan dan semangat untuk membantu orang tempatan sangat kuat,”
katanya.
Sementara itu, warga emas, Mohd Noor Mat Jusoh, 62, berkata, dia gembira
kerana pucuk pimpinan parti membuat pilihan bijak dengan menampil orang muda
sebagai calon.
Menurutnya, Tengku Zaihan orang muda mempunyai kelulusan serta mempunyai
semangat bekerja untuk membantu masyarakat di Besut semasa beliau bertugas di
Besut.
“Saya memberi bantuan sepenuhnya kepada beliau bagi memastikan BN menang
dengan cemerlang di Dun Kuala Besut,” katanya dari Kampung Tok Saboh, di sini.
Dalam pada itu, Mohd Azhar Yunus, 29, dari Kampung Gertak Seratus pula
berharap agar Tengku Zaihan lebih rapat dan tidak mengabaikan golongan muda.
No comments:
Post a Comment