PRK
KUALA BESUT: PAS DIBAYANGI DR A RAHMAN
Memuji keperibadian A Rahman dengan menganggap sukar ditandingi, beliau
mgambarkan keadaan itu pengaruhi Pas meletakkan calon mempunyai ciri-ciri mudah
didekati sebagaimana dimiliki A Rahman.
Sehubungan itu, dengan keputusan meletakkan calon Pas, Endot@Azlan Yusof,
48, beliau yakin calon diketengahkan parti itu tepat kerana mempunyai sikap
mesra yang diingini rakyat.
“Hendak cari pengganti arwah Dr A Rahman agak sukar tetapi bagi kita,
kita telah teliti dan cari calon yang insya ALLAH memenuhi ciri-ciri tersebut
untuk kita kemukakan kepada rakyat di Kuala Besut agar mereka senang dengan
calon ‘mudoh kiro, senang baso’ ini. Senang bila-bila masa boleh pergi ke rumah
dia. Inilah ciri-ciri yang hendak kita kemukakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Ceramah Perisytiharan Calon
Pas di Kampung Nail, Kuala Besut, malam kelmarin.
Mengulas lanjut, Mohd Abdul Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam berharap
Endot mampu mengulangi semula kejayaan Pas dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu
pada 2009.
Beliau berkata, perkara sama berlaku di kerusi Parlimen Kuala Terengganu
apabila Allahyarham Datuk Razali Ismail ketika itu dilihat sukar dicari ganti
di kalangan pemimpin BN, tetapi berjaya diisi oleh beliau yang merupakan calon
Pas pada PRK itu.
Dalam masa sama, beliau berharap bulan Ramadan tidak melemahkan semangat
jentera parti turun melakukan gerak kerja secara lebih proaktif untuk
memenangkan calon Pas. -Sinar Harian
No comments:
Post a Comment