Monday, March 12, 2012


LAMAN SOSIAL PLATFORM SEKS SONGSANG


KUALA LUMPUR 11 Mac – Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dikesan menjadi antara platform utama yang menyumbang kepada penularan budaya seks songsang di negara ini.


Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggunakan medium dalam talian itu untuk berinteraksi selain mencari pasangan sejenis.


Di laman sosial Facebook sahaja, berpuluh-puluh kumpulan itu dikesan secara terang-terangan mendedahkan identiti songsang mereka dan bertindak mengumpul ahli-ahli baru.


Antaranya Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan; Kelab Gay Malaysia; Persatuan Blogger-Blogger Gay Malaysia; Persatuan Gay Berkumpulan; Persatuan Belia Gay Malaysia dan Persatuan Gay Malaysia.


Kelab-kelab lain yang seumpamanya, termasuk Persatuan Gay Melayu; Persatuan Gay Perak; Kelab Gay Terengganu; Persatuan Gay Sejati; Persatuan Gay Berwibawa; Persatuan Gay Serantau; Persatuan Lesbian dan Gay SeMalaysia dan Persatuan Gay SeMalaysia.

SHAHRIZAT BERUNDUR 




SELEPAS sekian lama dihujani persoalan mengenai kedudukannya dalam kerajaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di ibu negara, Shahrizat dengan tenang menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah keputusannya sendiri.



IMPIAN HATRIK BERKUBUR




LEE CHONG WEI

KUALA LUMPUR - Impian Datuk Lee Chong Wei memburu gelaran hatrik Kejohanan All England tidak kesampaian apabila dia terpaksa berundur sebelum sempat menghabiskan perlawanan akhir dengan seteru utamanya, Lin Dan di National Indoor Arena, Birmingham semalam.


Selepas tewas 19-21 pada set pertama, Chong Wei yang memulakan perlawanan dengan kecederaan bahu kanan, kelihatan agak terbatas pergerakannya pada awal set kedua dan ketika dia ketinggalan pada kedudukan 2-6, pemain No.1 dunia itu memutuskan untuk tidak meneruskan permainan.


Perkembangan itu nyata anti klimaks dan mengecewakan ribuan penonton di stadium serta jutaan peminat badminton di serata dunia yang menanti-nantikan pertembungan epik antara dua jaguh perseorangan terbaik dunia masa kini.
JOM BERAMAI-RAMAI KE PUTRAJAYA !!!