Sunday, June 9, 2013

FACEBOOK CALVIN HINA NABI MUHAMMAD

KUALA LUMPUR - Seorang lagi pengguna laman sosial Facebook dikesan menghina Islam selain membuat penghinaan melampau terhadap junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.
Catatan menghina Nabi Muhammad
yang dibuat oleh Programmer Calvin Gani
di Facebook

Perbuatan biadab oleh pengguna Facebook berkenaan yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani didedahkan sebuah blog di dalam satu entrinya bertarikh 5 Jun lalu.

Blog Just Read ketika mendedahkan Facebook berkenaan hanya menulis Another one! See for yourself!

Sementara itu, pengikut-pengikut blog berkenaan mengecam serta mengutuk keras tindakan individu terbabit ekoran penghinaan melampau dilakukan terhadap Islam dan Rasulullah SAW.

Antaranya, seorang pengikut yang menamakan dirinya sebagai Dayak Laut berkata: "Apa yang perlu ditunggu lagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Tangkap lelaki ini dan fail kes terhadap beliau. Saya mahu melihat dia pergi ke mahkamah dan dihantar ke penjara!"

Alam Maya pula berkata: "Kenapakah makin meningkat penghinaan terhadap Islam oleh golongan pemuda keturunan Cina di Malaysia ini? Tidakkah mereka sedar bahawa negara ini dihuni oleh pelbagai kaum dan agama?

"Tidakkah mereka terfikir bahawa perbuatan mereka mudah dikesan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang?

Dalam pada itu, pengikut blog Just Read yang dikenali sebagai Panas Baran menyebut: "Ini paling biadab! Patut dikenakan hukuman penjara. Dia lebih selamat di dalam daripada di luar ini."

Pendapat sama dinyatakan oleh Penangan: "Inilah pelampau namanya. Tindakan tegas perlu diambil ke atas orang ini.

"Dalam kita menganjurkan perpaduan sesama pelbagai kaum dan agama, masih ramai yang begini. Biarlah dikenakan tindakan tegas sebagai panduan kepada yang lain."
  
Seorang lagi pengikut dengan tegas mahu Kementerian Dalam Negeri bertindak menangkap individu yang melakukan penghinaan tersebut. -Utusan Online
JAWATAN TERTINGGI UMNO HARUS DIPERTANDINGKAN

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak bersetuju dengan cadangan agar jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti.
Beliau berkata, Umno sebuah parti yang demokratik dan sekiranya ia mahu kekal relevan kepada golongan muda dan berpendidikan, ia tidak boleh menjadi parti yang eksklusif.

"Saya tidak bersetuju dengan cadangan agar jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan. Pada saya, ia perlu terbuka kepada semua.

"Kita menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden namun bagaimana sekiranya jawatan Presiden, Timbalan presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita tidak dipertandingkan?

"Adalah lebih baik kita tidak melaksanakannya kerana ia akan menunjukkan kita autokratik," kata Adnan kepada pemberita selepas melawat Karnival Jom Heboh di Padang MPK2 di sini pada Sabtu.

Menurut Adnan, beliau berkata demikian tidak bermakna dia tidak setia kepada Presiden dan Timbalan Presiden parti sebaliknya Umno tidak akan menjadi demokratik dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Sebelum ini dilaporkan, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menyatakan hasrat sayap itu untuk melihat tidak ada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan parti kali ini.

Beberapa pemimpin Umno, termasuk Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan turut menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim turut dilaporkan berkata bahawa sayap Pemuda telah bersetuju sebulat suara mahu Khairy kekal sebagai Ketua Pemuda Umno.

Ditanya sama ada beliau ada menimbangkan hasrat untuk bertanding jawatan berkenaan, Adnan berkata beliau tahu dia sudah tua dan mahu fokus terhadap apa yang perlu dilaksanakannya.– mStar
BOIKOT PARLIMEN HANYA RUGIKAN RAKYAT


SHAH ALAM – Hasrat pembangkang terutamanya PKR mahu memboikot sidang Parlimen akan datang hanyalah untuk menunjukkan konsistensi mereka terhadap protes keputusan PRU13 lalu.

Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, sikap itu merugikan pembangkang kerana telah memungkiri janji mereka kepada pengundi.

Katanya, rakyat menaruh harapan kepada mereka sebagai wakil di Parlimen tetapi malangnya tidak disempurnakan dengan penuh tanggungjawab. 

“Sidang Parlimen adalah untuk menggubal undang-undang atau memperhalusi apa jua dasar dan masalah negara.

“Apa jua isu tanpa penglibatan sepenuhnya daripada ahli-ahli parlimen atau pemerintah, maka rang undang-undang mungkin tidak lengkap dan komprehensif,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Oleh yang demikian, katanya, wakil rakyat yang memulaukan Dewan Rakyat ini jangan pula mempersoalkan satu-satu dasar yang diluluskan oleh Parlimen kelak kerana tidak memuaskan hati mereka.

Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod turut mempunyai pandangan yang sama.

Katanya, tindakan pembangkang yang terus memprotes keputusan PRU13 yang didakwa berlaku penipuan hanyalah mahu mendapat simpati rakyat, tetapi persoalannya sampai bila mereka akan berterusan berbuat begitu.

“Mereka seharusnya memikirkan harapan pengundi,” katanya yang menyifatkan tindakan memboikot itu tidak wajar sama sekali.

Mengulas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan  turut memboikot majlis angkat sumpah sebagai ahli parlimen, Ahmad Kamal berkata, jika gagal berbuat demikian, mereka tidak dapat mewakili rakyat di Parlimen.

“Melalui pilihan raya lalu, mereka mewakili rakyat di kawasan di menangi, tetapi untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen, mereka perlu melaksanakan proses akad sumpah,” katanya.– Sinar Harian