Wednesday, June 20, 2012

MCA MAHU PEKERJA DIBERI PILIHAN KELUAR CARUMAN 55 TAHUN

MCA mahu pekerja sektor swasta diberi pilihan mengeluarkan simpanan mereka dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) apabila mencapai usia 55 tahun sekiranya usia persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun, kata presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, ini kerana ada pekerja memerlukan wang simpanan mereka untuk memenuhi keperluan mendesak seperti membiayai pendidikan anak dan penjagaan kesihatan ibu bapa, manakala ada pula yang berpendapat mereka wajar dibenar membuat pilihan mengenai masa untuk mengeluarkan simpanan masing-masing.
   
“KWSP perlu melihat undang-undangnya yang sedia ada, tapi sebagai parti politik, pendirian kami ialah mereka (pekerja) perlu diberi pilihan mengeluarkannya pada usia 55 tahun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di ibunegara semalam.

Dr Chua berkata MCA menyokong umur persaraan ditetapkan pada 60 tahun, tetapi pelaksanaannya mestilah tidak menjejaskan golongan muda yang memasuki pasaran kerja.
   
“Undang-undang Malaysia perlu disemak semula agar lebih fleksibel. Selepas berumur 55 tahun, peluang patut diberi sama ada hendak menyambung atau sebaliknya,” katanya.

Beliau juga berkata MCA tidak mahu Kementerian Sumber Manusia mewujudkan sebarang bentuk inisiatif baru kerana pelaksanaan gaji minimum dan umur persaraan minimum baru perlu ditangani terlebih dahulu.
   
“Kami menentang inisiatif seperti skim pencen sepanjang hayat untuk pekerja sektor swasta dan skim insurans pengangguran. Kami berpendapat ini tidak perlu dilaksnakaan sekarang kerana pelaksanaan gaji minimum dan umur persaraan minimum perlu dipantau dulu,” katanya.

- Bernama / http://www.mca.org.my


KD: Sepatutnya dibolehkan pada pengeluaran wang KWSP akaun 2 umur 50 tahun manakala pengeluaran wang KWSP secara keseluruhannya dibuka pada umur 55 tahun. Baki 5 tahun perkhidmatan lagi, sementara menunggu usia berhenti wajib, gaji bayar penuh, majikan juga dapat juga faedahnya dengan tidak perlu membuat potongan. Ia lebih relevan.


SELAMAT DATANG KE PUTRAJAYA FLORIA 2012 !!!



FLORIA PUTRAJAYA @ FLORIA 2012 - festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia kembali lagi.

Bermula dari 30 Jun - 8 Julai 2012, FLORIA 2012 akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.

Dengan lebih daripada 1 juta pengunjung dari seluruh dunia pada tahun lepas (FLORIA 2011),  festival ini kembali dengan festival yang lebih menarik dan berwarna-warni yang pasti memikat hati pengunjung.

FLORIA 2012 akan mempersembahkan pameran daripada industri hortikultur; produk landskap komersil hingga ke pameran rekabentuk taman serta pameran bunga.

Pengunjung yang hadir pasti terpukau dan terpesona dengan hasil dekorasi hamparan taman-taman bunga indah pelbagai warna, hiasan pintu gerbang dan laluan bunga-bungaan yang diatur dengan pelbagai susunan kreatif beserta rekabentuk landskap yang sangat unik.

Dengan tema “Bunga Kertas - Tetap Menawan”, FLORIA 2012 akan mempamerkan koleksi terbesar bunga kertas yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.

Marilah beramai-ramai berkunjung ke FLORIA 2012 dan menghayati kemeriahan serta keindahan festival yang penuh berwarna-warni ini!


KD: Tak sabar menanti 30 Jun... pasti sejuk mata memandang keindahan bunga-bunga yang segar dan berwarna-warni. Syukur, indahnya ciptaan Tuhan..
SERAGAM SISTEM KESELAMATAN DAN KAEDAH PENCEGAHAN KESALAHAN ICT - RAIS

SINGAPURA - Malaysia mencadangkan agar satu sistem keselamatan dan kaedah pencegahan kesalahan berhubung teknologi maklumat diseragamkan bagi menjamin kesahihan dan pelaksanaan undang-undang berkaitan ICT, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menurut beliau yang kini menghadiri Forum Menteri-Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Marina Bay Sands Convention Centre, forum itu yang turut melibatkan beberapa taraf antarabangsa berhubung dengan telekomunikasi dan industri serta isu-isu yang terlibat mengenainya adalah sesuatu yang dilakukan mengikut musim.

Katanya Malaysia telah mengambil bahagian bersama dengan negara-negara lain beberapa kali dan isu penting bagi Malaysia pada kali ini ialah bagaimana hal-hal berkaitan dengan keselamatan di negara masing-masing dapat diseragamkan daripada segi nilai serta amalan preventifnya untuk menjaga kesahihan dan juga kedaulatan negara.

"Saya sebutkan kesahihan itu sebab banyak pihak tidak sahih pendirian mereka. Mereka menganggap bahawa internet, komputer serta teknologi telekomunikasi menerusi komputer adalah soal yang bebas daripada perundangan ataupun keselamatan negara masing-masing. Jadi kami datang dengan rombongan untuk bersama-sama mendebatkan perkara ini, setakat mana kita harus mulai kini mengambil perhatian berat terhadap soal-soal keselamatan termasuk juga kedaulatan undang-undang negara masing-masing".

Katanya, perkembangan terbaru di dunia luar sana bahawa negara-negara maju sudah mempunyai beberapa langkah utama untuk meneliti isu ini supaya masa depan industri ini dapat dijamin.

Tetapi, katanya pada masa yang sama kedaulatan keselamatan itu dapat juga disaring dan dipastikan supaya berfaedah dan membantu negara masing-masing.

"Selain daripada itu juga, kami di sini melihat perkembangan baru dalam industri telekomunikasi termasuk elektroniknya dan peralatannya, di samping sedikit sebanyak pavilion Malaysia yang kita dirikan itu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama telco atau syarikat-syarikat telekomunikasi di situ, kita lihat kita akan menjana fikiran dan pandangan baru bagaimana kita boleh bekerjasama serantau dan mendapatkan imbuhan baru idea serta perkembangan baru untuk memperbaiki lagi prestasi Malaysia dalam sektor tersebut".

Rais juga berkata, "Kita sangat berbangga oleh kerana sektor industri telekomunikasi secara keseluruhan di Malaysia melebihi RM40 bilion setahun dan sedang meningkat.

"Oleh itu jendela-jendela baru tentang idea serta produk perlu kita ambil berat dan kami pun mengambil perhatian yang khusus supaya dalam dua hari ini kita dapat meningkatkan lagi kerjasama serantau, sedunia dan meletakkan Malaysia di tahap yang boleh dibanggakan". - http://www.rtm.gov.my/


KD:Keselamatan ICT merangkumi perlindungan ke atas semua bentuk maklumat elektronik bertujuan untuk menjamin kerahsiaan, integriti, kesahihan dan kebolehsediaan kepada semua pengguna yang dibenarkan. Memandangkan maklumat adalah merupakan hasil terakhir sesuatu sistem pengkomputeran, bermaksud  ianya amat penting dan bernilai bagi sesebuah organisasi. Kehilangan atau kemusnahan data/maklumat yang disimpan di dalam komputer sering berlaku disebabkan oleh kejadian seperti kebakaran, pengkhianatan, kecuaian dan kecurian. Bagi mengatasi masalah ini, kawalan ke atas capaian data/ maklumat dan keselamatan fizikal perlu diperketatkan. 
PSC SYOR TOL DIKELUARKAN UNTUK KILANG LYNAS
Foto

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) memberi lampu hijau kepada syarikat tersebut untuk memperoleh lesen pengendalian sementara (TOL) kerana ia telah memenuhi segala keperluan ditetapkan.

Dalam laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa, jawatankuasa itu mengesyorkan supaya TOL dikeluarkan agar projek tersebut dapat beroperasi secara berperingkat dan dikawal selia agensi penguat kuasa. Laporan itu dibentangkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Laporan tersebut mengandungi penemuan dan cadangan selepas tiga pendengaran awam yang diadakan di Kuantan dan Kuala Lumpur untuk mendapat maklum balas dari individu, pihak berkepentingan dan pakar berhubung projek nadir bumi di Gebeng, Pahang.

"Jawatankuasa amat berpuas hati bahawa projek Lynas memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia yang setaraf dengan amalan dan standard antarabangsa. Malah, peraturan yang dikenakan ke atas loji itu lebih ketat berbanding standard antarabangsa," katanya yang turut mengemukakan 31 syor berhubung pela

Mohamed Khalid berkata, jawatankuasa itu berpuas hati bahawa projek tersebut menyediakan sistem kawalan yang diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan serta perlindungan alam sekitar.

"Pada peringkat ini, loji tersebut telah memenuhi semua syarat lesen dan syarat tambahan yang dikenakan di dalam lesen TOL ini. Data yang diperolehi di peringkat ini akan menjadi asas kepada pertimbangan proses perlesenan selanjutnya," katanya.

Laporan itu mencadangkan supaya satu jawatankuasa pemantauan ditubuhkan untuk mengawal operasi loji tersebut. Jawatankuasa itu akan melibatkan agensi berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar," katanya.

Sementara itu, jawatankuasa tersebut mendapati pendedahan radiasi dari loji tersebut adalah selamat dan berada pada tahap rendah. -MStar Online



KD: Mungkinkah keputusan @ lampu hijau ini akan melangsaikan kesangsian pihak yang membantah? Walaupun kerajaan mengatakan projek kilang pemperosesan nadir bumi ini selamat dan sebagainya, namun berpunca dari kegagalan beberapa projek di bawah pemantauan kerajaan sebelum ini, ia menjadikan pihak tertentu dan rakyat khususnya khuatir serta fobia.

MCA SEEKS APPROVAL FOR SCHOOL

KUALA LUMPUR: The MCA hopes that the approval for the setting up of a new Chinese Independent High School in Kuantan can be granted within two weeks, said its president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
 
He said he had met Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin with other top party leaders, including Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong, over Kuala Lumpur Chong Hwa Independent High School's application to build the school.

“There are a lot of technical issues that need to be resolved so (Dr) Wee has been appointed as the chairman of a committee to fast-track (the approval process),” he said after the party's central committee meeting here yesterday.

Dr Chua also expressed the MCA's happiness with the Southern College of Johor's recent achievement in gaining university college status, adding that the party had been involved in the development of the Chinese-medium college since its inception.

“We are proud because it is a Chinese medium college. This shows that we have never stopped in our efforts to improve Chinese education in the country,” he said, stressing that the MCA would not “sell out” on Chinese education. –The Star


KD: Desas-desus mengatakan penubuhan Chinese Independent School (CIS) adalah ibarat ‘permainan tarik tali ‘di antara MCA dengan UMNO. MCA juga didakwa mengambil kesempatan di atas kekuatan Pakatan Rakyat dan kelemahan Barisan Nasional di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota. Sejauh mana kebenaran dakwaan itu?