Thursday, June 14, 2012

NOMBOR PENDAFTARAN "WWW" HABIS!!

PETALING JAYA: Kesemua 9,999 kenderaan dengan nombor pendaftaran awalan "WWW" telah dimiliki.

Menurut  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, sejumlah 5,091 nombor yang tidak dibida ini telah diambil dalam masa beberapa jam.

Nombor pertama sedia untuk dijual pada pagi Jumaat dan habis dibeli pada petang Isnin.

"Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," kata satu sumber di jabatan berkenaan. Biasanya, bilangan dalam siri hanya akan habis dijual dalam masa 6 hingga 7 hari."

Awalan "WWW" awalan telah mencatatkan rekod itu sebagai satu siri yang paling lumayan yang pernah dijual oleh JPJ, yang setakat ini mengaut sehingga RM12 juta.

"WWW 1" juga menjadi bilangan yang paling mahal pernah dijual selepas mendapat pembida tertinggi dengan jumlah RM520, 000.

Sebelum ini, jabatan itu hanya memperolehi secara purata antara RM1 juta dan RM2 juta untuk lain-lain nombor kombinasi "paling dikehendaki", kata Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan.

Nombor pendaftaran kenderaan awalan seterusnya, "WWX", kini boleh didapati di cawangan JPJ di Wilayah Persekutuan.


KD: Wow!! sememangnya sudah diduga plat ini akan menjadi yang terlaris dan terhangat di pasaran.. kepada si pemilik plat bertuah ini, pastinya anda senyum sampai ke telinga.. 
AMBIGA CABAR AKTA PERHIMPUNAN AMAN

KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0,  Datuk S. Ambiga dan sembilan lagi, memfail tuntutan balas di Mahkamah Tinggi untuk mengisytihar Akta Perhimpunan Aman 2012, tidak mengikut perlembagaan.

Defendan sebagai alternatif memohon mahkamah untuk mengisytihar Seksyen 6 akta itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Kumpulan itu, yang memfail tuntutan berkenaan melalui Tetuan Tommy Thomas juga memohon gantirugi umum dan teruk, selain kos daripada plaintif, kerajaan Malaysia, lapor Bernama.



KD: Hebat jugak Ambiga nie kan?? selamba je di pertikai sana, pertikai sini.. agak2nya apa motif Ambiga ni?
TIDAK MAMPU BAYAR HUTANG KERETA PUNCA UTAMA RAKYAT MALAYSIA BANKRAP

KUALA LUMPUR: Tidak mampu membayar hutang sewa beli kenderaan merupakan punca utama kebankrapan rakyat Malaysia, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata ia mencatatkan sebanyak 29,338 kes (25 peratus) daripada 116,379 kes yang direkodkan sejak 2005 hingga April lalu.

Punca kedua tertinggi ialah ketikdakmampuan membayar pinjaman peribadi melibatkan 15,299 kes (13 peratus), ia diikuti dengan pinjaman perumahan 14,327 kes (12 peratus), pinjaman perniagaan 13,107 kes (11 peratus) dan pinjaman korporat 6,127 kes (lima peratus).

Bagi pecahan mengikut umur pula, Nazri berkata, umur 35 hingga 45 tahun mencatatkan jumlah paling ramai, sebanyak 37,493 kes (32 peratus).

Selain itu, Mohamed Nazri berkata kerajaan sedang mempertimbang cadangan mengurangkan tempoh pelepasan kebankrapan melalui pembaharuan undang-undang insolvensi.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri turut menasihatkan setiap peminjam terutama hutang sosial dan pendidikan agar bertanggungjawab atas pinjaman masing-masing supaya tidak membebankan penjamin sehingga diisytiharkan bankrap. 


KD:  Masyarakat kita kini telah terperangkap dalam fenomena suka berhutang yang kurang sihat, tetapi dianggap sebagai sihat oleh mereka. Amat pilu dan menyedihkan lagi, yang terlibat dalam fenomena ini juga adalah orang melayu yang Islam merupakan akidah dan pegangan mereka. Hari demi hari keadaan ini makin memilukan apabila aktiviti berhutang telah menjadi asas kepada kehidupan masyarakat dewasa ini.

Tidak dinafikan berhutang adalah diharuskan dalam Islam bagi mereka yang memerlukan dan berhajat kepadanya, namun dalam masa yang sama perlu juga kita tahu bahawa Islam sesekali tidak menggalakkan berhutang dijadikan sebagai cara untuk bermewah-mewah, bermegah-megah dan dibuat dengan berleluasa tanpa keperluan dan  asas yang kukuh.

Lebih memilukan lagi terdapat sesetengah orang yang beranggapan hutang merupakan mekanisma, kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

Kesannya makin ramai individu yang berkemampuan membuat pembelian dan transaksi secara tunai telah memilih untuk berhutang dalam mendapatkan apa yang mereka iginkan seperti membeli rumah, kereta, perabut dan sebagainya. Alasan mereka, jika perbelian dibuat secara tunai maka mereka akan rugi.
ALLOW UN REPS TO MAKE OFFICIAL VISIT: SUHAKAM

The Malaysian government should allow three UN special rapporteurs on human rights to make an official visit to Malaysia, said the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam).

In an sms sent to theSun today, Suhakam commissioner Muhammad Sha’ani Abdullah said Suhakam always recommends that the government allows all outstanding invitations to UN special rapporteurs on human rights as part of the UN human rights compliance mechanism.

“As a member of the UN Human Rights Council, it is incumbent upon Malaysia to respect and comply with UN human rights monitoring mechanisms, including visits by UN special rapporteurs on human rights.”

Muhammad Sha’ani was asked to comment on the recent call by the Bersih 2.0 steering committee for the government to heed requests by three UN special rapporteurs to make an official visit over the Bersih 3.0 rally. The three are Maina Kiai, Margaret Sekaggya and Frank La Rue.
PAKATAN PERKENAL RAFIZI SEBAGAI CALON PANDAN, CABAR TEE KEAT

Barisan pemimpin Pakatan Rakyat pada malam tadi memperkenalkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai calon untuk kawasan parlimen Pandan.

Ucapan pemimpin berkenaan termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga penuh dengan pujian kepada Rafizi.

Dalam ceramah di Taman Seraya, dalam kawasan parlimen Pandan itu, Anwar berkata Rafizi merupakan antara individu yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan untuk dasar Pakatan, termasuk tawaran gaji minimum.

Ketika ditemui, Rafizi yang memakai ves jentera pilihan raya PKR untuk kawasan parlimen P100 itu bagaimanapun berkata pengumuman tersebut bukanlah sesuatu yang dirancang.

Oleh sebab itulah beliau tidak berucap panjang dalam ceramah tersebut, katanya lagi yang tidak putus-putus dikerumuni oleh golongan muda yang ingin bergambar dan mendapatkan tandatangannya. -Mstar Online


KD: Siapa di antara mereka lebih layak untuk menang?

Parlimen Pandan boleh dikatakan kubu kuat BN, kerana sewaktu berlaku Tsunami PRU12 lalu BN hanya dapat bertahan di Parlimen Pandan selain Sepang, Tanjong Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam. 

Dilihat kepada faktor lain, Ong merupakan orang tempatan dan disenangi oleh penduduk setempat. Manakala, Rafizi pula berasal dari Terengganu, popularitinya dikatakan melonjak setelah berdebat dengan KJ.