Thursday, May 3, 2012

ANWAR RELA JADI KUDA DAP


Ketua Pembangkang akui lebih mempercayai Kit Siang, tak kisah dipergunakan

IPOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 




Katanya, beliau lebih mempercayai pemimpin DAP dan mendengar nasihat mereka berbanding mana-mana pemimpin dalam UMNO.“Dalam Perhimpunan Agung UMNO, Najib (Perdana Menteri) kata Anwar ini bahaya kerana jika dia menjadi Perdana Menteri, dia akan dipergunakan oleh DAP, oleh orang Cina.


“Ada saya kisah? Saya tidak kisah jika terima nasihat dan pandangan daripada Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kerana saya lebih yakin dan percaya dengan beliau daripada UMNO... saya tidak bersikap apologetik (tidak akan menyesali mengenai perkara itu). 


“You can quote me on this (Awak boleh petik kata-kata saya) dan jadikan ia sebagai headlines (berita utama) esok,” katanya merujuk kepada pemberita yang hadir pada ceramah perdana sempena Konvensyen Pakatan Pembangkang Perak di sini, malam kelmarin. 


KD: Kenyataan sebeginilah yang kurang menyenangkan hati KD.. bukan memusuhi sesiapa, atau terlalu arif tentang politik, tetapi sebagai salah seorang rakyat negara ini, KD merasakan seorang pemimpin tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang terlalu bersahaja seperti ini.. ini kerana, setiap perkataan yang keluar dari bibir seorang pemimpin bukan sahaja memberi kesan positif @negatif terhadap rakyat, malah turut memberi kesan terhadap negaranya.. jadi wahai pemimpin, berhati-hati dalam berkata-kata..
TONY, KAMARUDIN LETAK JAWATAN DALAM MAS


pix_gal0
KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun, meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Penerbangan Malaysia (MAS), berkuat kuasa serta-merta berikutan pengumuman rasmi pembatalan pertukaran saham dua syarikat itu oleh Khazanah Nasional Bhd, semalam.

Serentak itu, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif MAS, Datuk Mohamed Azman Yahya mengumumkan pengundurannya sebagai pengarah bukan eksekutif dalam Lembaga Pengarah AirAsia.

Tony, Kamarudin dan Mohamed Azman, masing-masing dilantik ke jawatan berkenaan berikutan perjanjian pertukaran saham antara pemegang saham utama kedua-dua syarikat penerbangan pada Ogos tahun lalu.




KD: Letak jawatan? agak menghairankan dan mendukacitakan.. kerana kedua-duanya adalah pemimpin yang berbakat.. mungkin juga mereka ada alasan masing-masing..
AKSI SEKS: PELBAGAI PIHAK CABAR AZMIN SAMAN BLOG


SHAH ALAM: Pelbagai pihak mencabar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali membuat laporan polis dan mengambil tindakan mahkamah terhadap blog yang menyiarkan gambar aksi seks lelaki miripnya untuk membersihkan namanya.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, berkata Azmin wajar mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan perkara itu tidak benar dan sengaja diada-adakan.


Katanya, pemimpin kanan PKR itu mempunyai hak untuk membersihkan diri daripada segala tohmahan termasuk dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit dalam penyebaran gambar berkenaan.


“Azmin mesti membersihkan diri. Ambil tindakan undang-undang macam saya. Saya dulu ditohmah dengan pelbagai skandal yang mengaibkan saya tapi saya tahu saya di pihak yang benar dan saya mengambil tindakan undang-undang. Akhirnya saya terbukti tidak bersalah.

“Rakyat mahu mengetahui perkara sebenar dan mereka mesti mengambil tindakan segera supaya rakyat tahu mereka bersalah atau tidak,” katanya.

Kelmarin, Azmin menafikan lelaki itu dirinya dan mendakwa ia dilakukan pihak tertentu semata-mata untuk memburukkannya.

Di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut mencabar Azmin menyaman pemilik blog yang memaparkan aksi seks lelaki mirip beliau. 


“Individu itu seharusnya berani tampil dan tidak hanya berdiam diri kerana mahkamah boleh menentukan kesahihannya. Saya minta tuan punya diri saman sesiapa yang mendedahkan gambarnya serta mendakwa mereka yang berkenaan di mahkamah.

“Jika tidak mahu mengambil tindakan undang-undang, rakyat perlu menilai sendiri,” katanya.

Mohd Ali berkata, beliau akan berasa hairan sekiranya Azmin enggan menyaman pihak terbabit kerana tindakan seperti itu bukan perkara baru bagi mereka.

Di BATU PAHAT, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi meminta membuat laporan polis dan menyaman pengendali blog, jika benar tidak bersalah.

“Sekiranya Azmin benar-benar yakin beliau tidak bersalah, beliau perlu segera membuat laporan supaya pihak berkuasa dapat membuat siasatan, sekali gus menghapuskan kesangsian rakyat.


Sumber: Berita Harian


KD: Satu lagi laporan skandal seks yang mengejutkan dan mendebarkan, terutama apabila si pelakunya membabitkan pemimpin politik... kesahihan masih menjadi tanda tanya.. wahai pemimpin yang disyaki, sila beri respon, agar rakyat tidak terus tertanya-tanya.