Thursday, May 24, 2012


EKONOMI NEGARA BERKEMBANG 4.7 PERATUS
Ekonomi Malaysia berkembang 4.7 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh walaupun sektor eksport adalah lebih perlahan berikutan persekitaran ekonomi dunia yang lembap.

Pencapaian suku pertama itu meletakkan negara ini pada landasan kukuh untuk mencapai sasaran pertumbuhan antara empat hingga lima peratus yang ditetapkan kerajaan bagi seluruh tahun ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata pertumbuhan pada suku pertama yang melepasi jangkaan itu dicatatkan di tengah-tengah penurunan eksport bersih negara sebanyak 20.8 peratus berbanding setahun lalu.


KD: Bila ekonomi mula stabil, rakyat jangan pula lupa untuk turut sama menjana ekonomi negara. Kemudahan dan galakan kerajaan bayak disediakan, hanya tinggal kesungguhan dan usaha dari kita.

ANWAR GUNA PELBAGAI HELAH HALANG MUZAKARAH?


Akhbar Berita Harian melaporkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan apa saja helah untuk menghalang UMNO dan PAS daripada bermuzakarah.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, Penasihat PKR itu bimbang muzakarah antara kedua-dua parti akan mengukuhkan sokongan Melayu terhadap UMNO dan PAS, sekali gus menyekat kemaraan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan.

KD sememangnya hairan bagaimana mungkin seorang pemimpin boleh berfikiran sebegini. Sepatutnya perkara yang baik, wajar disokong dan diteruskan. Tetapi, bila mana perkara sebegini berlaku, terbit kesangsian terhadap komitmen seorang pemimpin - sama ada mahu memeperjuangkan rakyat dan negaranya atau hanya mahu memperjuangkan kepentingan politiknya sahaja. 

Ingatlah wahai pemimpin, amanah memimpin adalah tanggungjawab yang terlalu berat, namun amatlah berharga jika apa yang diperjuangkan membawa keberkatan dan kemenangan bersama.

NIK AZIZ ENGGAN LONGGAR SYARAT PERTEMUAN UMNO, PAS
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak untuk melonggarkan syarat yang ditetapkannya sebelum ini bagi membolehkan muzakarah diadakan antara UMNO dan PAS.

“Biar dulu (soal longgar syarat), yang penting setuju atau tidak dan lepas itu baru kita buat syarat. Budak kecil nak masuk tadika pun ada syaratnya, mana boleh muzakarah tidak ada syaratnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar Kota Jembal bernilai RM3.2 juta dekat sini, semalam.

Nik Aziz berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau bersedia untuk melonggarkan syarat bermuzakarah yang dikenakan kepada UMNO.

Sabtu lalu, Nik Aziz mengenakan dua syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO iaitu UMNO perlu menerima rakan pembangkang iaitu DAP dan PKR serta menukar dasar kebangsaan yang diguna pakai ketika ini kepada dasar Islam.

Kelmarin, beliau menambah satu lagi syarat iaitu menggunakan tajuk ‘Kenapa UMNO Tolak Islam’ untuk muzakarah.

Ditanya kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjelaskan parti itu hanya bersedia mengadakan perbincangan dengan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung salah faham mengenai Islam dan bukan muzakarah dengan UMNO, Nik Aziz berkata, beliau tidak mahu sentuh hal presiden.

“Saya tidak mahu sentuh atau ganggu hal Presiden, yang saya hendak sebut ialah mengenai hal saya. Saya hendak bermuzakarah dengan UMNO, kenapa menolak Islam. Kalau dia (Abdul Hadi) tidak setuju dengan saya, tidak mengapa,” katanya.



(Sumber: BHarian 24/05/2012)


KD: Setakat ini sudah ada tiga syarat.. mungkinkah bertambah lagi syaratnya?? 
SULTAN SELANGOR NASIHAT PELAJAR IPT TAK BABIT DEMONSTRASI JALANAN

SERDANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menyeru dan menasihati pelajar universiti terutama Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya tidak membabitkan diri dengan demonstrasi jalanan.

Sambil menyifatkan demonstrasi sebagai satu gejala, Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM bertitah, ia tidak bersesuaian dengan budaya rakyat negara ini yang akhirnya mengundang pelbagai masalah.

Baginda bertitah, pihak yang terbabit dalam demonstrasi secara tidak langsung akan melanggar undang-undang seperti merosakkan harta benda awam, melanggar perintah polis sehingga ada yang berani mencabar dan mencederakan polis.

 “Adalah menjadi kebiasaan manusia apabila mereka berkumpul secara beramai-ramai dan berarak di bandar raya, ia akan mencetuskan huru hara kerana ada bertindak mengikut emosi tidak terkawal.

“Oleh itu, Beta tidak berkenan pelajar UPM membabitkan diri dalam demonstrasi sebegini yang boleh mendedahkan pelajar kepada tindakan undang-undang, seterusnya tuduhan di mahkamah dan tindakan membuang pelajar,” titah baginda pada majlis Gemilang Akademia Putra UPM 2011, di sini, semalam.