Wednesday, May 9, 2012

DR MAHATHIR KHUATIR PENARIKAN RUU KESALAHAN PILIHAN RAYA

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir denagn keputusan kerajaan untuk menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 kerana ia akan menimbulkan banyak masalah.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri berkata, keputusan itu mungkin dibuat kerana kerajaan yakin mampu mengawal perkara yang mungkin akan menjejaskan proses pilihan raya, termasuk penipuan.

"Macam-macam akan berlaku dan kita tak dapat buat apa-apa. Pendek kata, jika ada penipuan yang besar, satu pun kita tak dapat lakukan.

Mungkin kerajaan yakin boleh kendalikan perkara ini, tapi jika saya jadi Perdana Menteri, saya kurang yakinlah kerana saya tak kuat,” katanya selepas melancarkan buku Towards World War III Scenario:The Dangers of Nuclears War oleh Profesor Ekonomi dan Pengarah Pusat Kajian bagi Globalisasi, Michel Chossudovsky di sini, semalam.


(BHarian10/05/2012)
UMNO PERLU BERUBAH AGAR UMNO TAK TERHAKIS

KUALA LUMPUR: Bakal mencecah usia ke-66 esok, UMNO perlu berani berubah bagi memastikan kekuatan parti itu tidak terhakis disebabkan perpecahan, rebutan kuasa dan amalan enggan memberi ruang kepada individu berwibawa menyertai perjuangannya.

Pandangan itu disampaikan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang khuatir masa depan parti itu terjejas tanpa perpaduan, selepas parti itu mengharungi pelbagai cabaran untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara selama ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, sempena sambutan ulang tahun UMNO, tiba masanya kepemimpinan dan ahli UMNO diingatkan mengenai pentingnya kembali ke perjuangan asal dan mengutamakan kesetiaan kepada parti, bukan pemimpin atau individu tertentu.

ARAB SAUDI KECEWA DEMONSTRASI

Wisma Putra terima nota diplomatik kecam perhimpunan di Makkah

KUALA LUMPUR: Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan haram di Makkah dan Madinah, 28 April lalu.

Dalam nota itu, Arab Saudi meminta kerajaan memastikan dan melarang rakyat Malaysia tidak lagi menyertai atau menganjurkan apa-apa perhimpunan di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata nota bertarikh 3 Mei lalu yang dihantar melalui kedutaannya di sini, turut meminta Malaysia mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan peristiwa sedemikian tidak berulang.

Anifah berkata, makluman yang diterimanya nyata menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan berhubung persepsi Arab Saudi terhadap Malaysia.

“Selama ini Arab Saudi menyifatkan rakyat Malaysia sebagai yang terbaik dalam mengerjakan ibadat haji setiap tahun, jadi dengan adanya tindakan (demonstrasi) ini, ia mencemarkan imej negara kita.

“Kita bimbang jika tindakan sedemikian tidak dikawal, kuota haji yang dikeluarkan Arab Saudi kepada Malaysia akan dikurangkan, malah tidak mustahil tidak diberi langsung,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada 28 April lalu, sempena perhimpunan BERSIH 3.0, sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Arab Saudi dikatakan turut mengadakan perhimpunan di Makkah dan Madinah dengan memakai baju kuning serta memegang kain rentang ‘duduk bantah’.

Tindakan itu mendatangkan rasa kurang senang kerajaan Arab Saudi yang tidak mahu tanah suci dijadikan medan untuk perkara lain selain beribadat.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan Arab Saudi amat sensitif terhadap sebarang bentuk demonstrasi, terutama selepas Revolusi Arab pada 2010 yang memberi kesan besar terhadap mereka.

“Mereka menekankan saban tahun betapa pentingnya umat Islam dari seluruh dunia supaya tidak membuat sebarang program lain selain haji dan umrah di tanah suci.

“Setiap tahun, mereka tidak pernah lekang memuji kita kerana jemaah kita patuh kepada peraturan ditetapkan,” katanya selepas menyerahkan tiket penerbangan dan sumbangan kepada dua peserta Umrah Seringgit Sejuta Nilai (USSI) di sini, semalam.

Berhubung dakwaan pembangkang bahawa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan perhimpunan haram seperti BERSIH 3.0 bersifat politik, Jamil Khir berkata, hukum agama tidak boleh dilihat mengikut kehendak masing-masing kerana ia dibuat menggunakan pendekatan ilmu dan kesepakatan.

“Majlis Fatwa bersidang dengan penuh kebebasan dan tuduhan (pembangkang) itu merendahkan martabat Majlis yang mana jawatankuasanya dipilih Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja,” katanya.


(BHARIAN 09/05/2012)
USAHA GAGAL FVGH TAK BERHASIL


Kira-kira 112,000 warga peneroka Felda hari ini mendapat khabar gembira yang membolehkan mereka tersenyum lebar apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga
Pembangkang habis modal pengaruhi rakyat bantah penyenaraian: Najib

JERANTUT: Datuk Seri Najib Razak berkata, pembangkang kini sudah kehabisan modal selepas segala usaha untuk menggagalkan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) tidak berjaya.
Perdana Menteri berkata, bagi pembangkang segala usaha yang dilaksanakan kerajaan walaupun untuk manfaat rakyat semuanya tidak betul.

“Pembangkang melihat semua yang baik kita mahu buat untuk kebaikan rakyat hendak dipolitikkan. Apa yang menguntungkan (kerajaan) diselewengkan kenyataan dan fakta supaya pemikiran rakyat bercelaru.

“Semua (yang berlaku) nak salahkan UMNO, hingga anak yang tidak pedulikan emak pun disalahkan UMNO. Hebat sangat UMNO ni sampai hal dalam kelambu pun ada pengaruh,” katanya pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di FELDA Jengka 8 di sini, semalam.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Najib juga menempelak pembangkang dan peneroka yang terpengaruh menentang penyenaraian FGVH dan mencelarukan pemikiran rakyat.

“Jika mereka tidak boleh menang hati rakyat mereka kelirukan pemikiran kita... tidak usahlah nak cuba khianati apa yang kita buat lepas itu (dengan) muka tebal nak pula terima durian runtuh.

“Saya tidak rela dan reda mereka ini menerima (durian runtuh)... mereka ini jadikan penyenaraian ini sebagai satu isu kontroversi walaupun sebenarnya ia kebaikan untuk masyarakat FELDA dan rakyat.

“Jadi kita sudah buktikan bahawa apa dirancang sudah kita tepati dan berkongsi kekayaan FELDA ini dengan negara. Apa yang mereka dakwa tidak benar dan kerana mereka hanya mahu halang dan menafikan kemakmuran peneroka dan rakyat Malaysia,” katanya.


(BHARIAN 09/05/2012)