Friday, October 5, 2012

LEBIH 60,000 KESALAHAN LALU LINTAS DIRAKAM AES SEJAK 23 SEPTEMBER

KUALA LUMPUR: Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata imej itu kini dalam proses semakan dan pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas itu.

"Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini," katanya ketika menjawab soalan LeeBoon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu jumlah saman dan hasil sejak perlaksanaanAES, pada persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.

Abdul Rahim turut menafikan bahawa pengendali AES boleh sewenang-wenangnyamerakam dan mendakwa pengguna jalan raya melakukan kesalahan atas faktorkeuntungan, sebaliknya setiap rakaman akan disemak oleh JPJ terlebih dahulu.

"Apabila sesuatu kesalahan dilakukan, rakaman oleh pengendali operasi akandianalisa dan disemak semula oleh JPJ sebelum saman dikeluarkan bagi memastikankesalahan itu benar-benar berlaku. JPJ yang mengeluarkan saman bukanpengendali," katanya.

Beliau berkata AES fasa pertama melibatkan 14 lokasi dengan pengoperasian 10kamera tetap dan empat kamera mudah alih yang terdiri daripada kamera statik danvisual serta mampu mengesan dua kesalahan utama iaitu memandu laju sertamelanggar lampu isyarat.

Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera manakala lokasikamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, diletakkan antara 50 hingga500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Abdul Rahim berkata walaupun AES baru dipasang kira-kira dua minggu, iatelah menunjukkan tanda positif apabila jumlah kesalahan yang dirakam semakinberkurangan, membuktikan pemandu mula berdisiplin.

"Di kawasan Km 26, Kuala Kangsar, tiga hari pertama sebanyak 50 rakaman imejdiperoleh dan selepas itu tiada rakaman langsung manakala di Km 85, Tapah,sebanyak 700 rakaman dibuat pada tiga hari pertama namun kini telah berkurangan," katanya. –BERNAMA/MStar
GURU AKAN DISERAP JADI SUKARELAWAN POLIS CEGAH JENAYAH

KUALA LUMPUR: Guru sekolah bakal diiktiraf sebagai kumpulan sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus bagi membantu mencegah kegiatan jenayah di kawasan sekolah.

Hadir ke sekolah lengkap beruniform polis, kumpulan guru terpilih itu juga bakal diberikan kuasa hampir sama dengan anggota polis.

Selain golongan pendidik, beberapa kumpulan dalam masyarakat seperti doktor, ahli perniagaan dan individu perseorangan juga akan dilibatkan menerusi Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi membantu PDRM mencegah jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penglibatan kumpulan berpengaruh dalam masyarakat menerusi PVR bakal dilaksanakan menerusi fasa Kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan jenayah.

"Saya akan lantik anggota PVR di kalangan guru-guru sekolah. Bila pergi ke sekolah mereka akan pakai uniform polis.

"Kita mahu masyarakat bekerjasama dengan polis. Bukan susah pun, bukan nak suruh tangkap orang. Mereka hanya perlu pakai uniform kerana penampilan beruniform memberi kesan yang besar terutama bagi mencegah jenayah," katanya menerusi wawancara eksklusif di sini, Khamis.

Jelas Ismail, langkah untuk melibatkan golongan pendidik dan kumpulan masyarakat itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2013 untuk menambah bilangan PVR seramai 10,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM70 juta bagi membantu polis membanteras jenayah.

Sehingga kini dianggarkan terdapat seramai kira-kira 5,000 anggota PVR di seluruh negara.

Bagaimanapun menurut Ismail, pihaknya akan mengadakan perbincangan terpeinci mengenai cadangan itu bersama pihak berwajib termasuk ketua pengarah pelajaran untuk melibatkan guru sebagai anggota PVR.

"PDRM tak mahu cadangan ini dianggap seolah-oleh kita bagi tekanan kepada guru. Kerja utama mereka tetap mengajar. Mereka hanya perlu pakai uniform.

"Masa untuk mereka bertugas juga fleksibel. Sebagai contoh kita galakkan mereka untuk pakai uniform apabila bersama pelajar di luar kawasan sekolah untuk aktiviti luar," katanya.

Mengulas lanjut mengenai penglibatan guru sebagai anggota PVR, Ismail menjelaskan ia tidak menggambarkan seolah-oleh berlakunya kadar jenayah yang tinggi di sekolah sebaliknya hanya sebagai langkah pencegahan.

"Uniform (polis) memberi gambaran yang baik kerana kita mahu tanamkan kepada pelajar bahawa baju ini adalah lambang disiplin.

"Keduanya, penglibatan guru sebagai anggota PVR dengan memakai uniform polis lebih kepada memberi amaran serta peringatan kepada orang luar yang mempunyai niat jahat," katanya.

Selain itu Ismail berkata, perancangan itu merupakan lanjutan kepada program blue and green yang membabitkan anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi meningkatkan kawalan keselamatan di sekolah.

"Sekarang ini sudah ada polis dan Rela di sekolah. Jadi selepas ini kita akan buat dalam skala yang lebih besar. PDRM akan libatkan semua sekolah dan ia bakal dilaksanakan secara berfasa," katanya lagi. -MStar
SUARAM TERIMA RM100 JUTA DANA ASING?

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah hari ini mendakwa, sejumlah RM100 juta dana asing dipercayai telah dibawa masuk sepanjang operasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di negara ini.

Dakwanya, transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.

Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat bekas anggota pertubuhan tidak berdaftar itu, dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.-UtusanOnline