Wednesday, September 26, 2012

HANYA KAPITALIS SOKONG HOMOSEKSUAL

WASHINGTON 25 Sept. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam berkata, menyokong golongan homoseksual merupakan amalan kumpulan kapitalis yang tidak mempedulikan nilai diri sebenar manusia.

Beliau dalam wawancaranya bersama stesen televisyen CNN berkata, aktiviti homoseksual merupakan kelakuan buruk yang dilarang oleh semua agama dan kepercayaan.

Namun jelasnya, hanya disebabkan beberapa negara bertolak-ansur dalam soal homoseksual, ia tidak bermakna kritikan beliau itu menafikan hak kebebasan rakyat.

Beliau mencemuh sikap ahli politik dan parti yang meluluskan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual hanya semata-mata untuk memenangi empat atau lima undi tambahan.

Secara umumnya, beliau berkata, menyokong aktiviti tidak bermoral itu tidak ada kaitan dalam membantu pembangunan manusia.

"Sokongan terhadap homoseksual hanya berada pada pemikiran kapitalis tegar dan mereka yang ingin mengambil kesempatan sahaja, bukannya mementingkan nilai-nilai manusia," katanya.

Ahmadinejad mendakwa, lebih ramai individu memilih menjadi homoseksual berbanding dilahirkan dalam keadaan sedemikian.

Katanya, dunia masa kini menghadapi masalah lebih besar seperti kemiskinan, penindasan dan pemerintahan diktator yang perlu diselesaikan. – AFP/Utusan Online

KD: Mungkinkah penyokong-penyokong LGBT juga tergolong dalam kumpulan kapitalis itu?
KAJIAN UM: KEYAKINAN KEPADA PAKATAN MENINGKAT

Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.

Sokongan juga meningkat ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan juga Kedah namun sedikit penurunan di Kelantan.

Kajian itu juga menunjukkan penurunan terhadap keyakinan rakyat bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti.

Kajian itu dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya  Universiti Malaya (UMCEDEL) yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Kajian terbaru yang dibuat adalah pada 1 -16 September 2012  di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian sebelum ini dibuat dalam tempoh 31 Mac 2012 - 15 April 2012.

Bilangan responden ialah 1536. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India.

Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Apabila ditanya, parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac - April menunjukkan keyakian kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan ianya menurun kepada 44% sahaja.

Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari hanya 21% kepada 30%.

Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%.

Begitu juga di Kedah. Keyakinan kepada Pakatan naik dari 37% kepada 48% dan kepada BN turun dari 40% kepada 32%.

Namun untuk negeri Kelantan, keyakinan kepada Pakatan jatuh sedikit dari 44% kepada 41% manakala BN naik dari 27% kepada 32%. Namun, kecondongan pengundi tetap kepada Pakatan Rakyat.

Debat


Kajian itu juga mendapati, harapan rakyat amat tinggi agar berlaku perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

72% berharap ianya diadakan manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.

Menurut kajian itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada bulan Mac lalu kepada 58% pada September 2012 ini. -Harakahdaily

HUDUD: GUAN ENG GELAR NASHA 'EJEN UMNO'?

KUALA LUMPUR: Kemelut antara DAP dan PAS berhubung perlaksanaan hukum hudud makin berpanjangan apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kini menggelar Nasharudin Mat Isa sebagai 'ejen Umno'.

Sambil menyifatkan bekas Timbalan Presiden PAS itu sebagai seorang yang tidak konsisten, Lim sekali lagi menegaskan bahawa DAP kekal dengan pendirian untuk menolak hukum hudud.

"Beliau memang sudah tahu (pendirian DAP). Semasa jadi Timbalan Presiden PAS beliau tahu mengenai pendirian kita dan ketika itu tak ada masalah.

"Mengapa bila sudah tidak jadi (timbalan presiden) baru wujud masalah. Cakap macam ejen Umno pula," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini, Selasa.

Ditanya mengenai gesaan Nasharudin agar beliau mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kerana secara konsisten mencampuri prinsip dan asas perjuangan PAS terutamanya berkaitan perlaksanaan hukum hudud, Lim bagaimanapun mengelak daripada memberikan sebarang komen.

Selain itu Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sekali lagi mengulangi pendirian senadanya dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menolak hudud.

"Kalau nak tanya tentang pendirian, kita amat jelas dengan pendirian ini (tolak hudud) sepanjang masa. Ia amat konsisten, maka tak ada apa-apa perkara baru mengenainya," katanya. -MStar

AES: 2,952 IMEJ DIRAKAM DALAM TEMPOH DUA HARI

PETALING JAYA 25 Sept. - Selepas dua hari beroperasi, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang ditempatkan di 14 `lokasi maut merakamkan 2,952 keping imej pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, pihaknya bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang notis saman kerana perlu menilai setiap kesalahan yang dikesan terlebih dahulu.

Menurut beliau, penghantaran notis saman melalui pos akan dibuat dalam tempoh lima hari imej kesalahan itu dirakamkan manakala proses menentukan kesalahan serta pengeluaran notis saman dilakukan oleh pegawai JPJ yang bertugas di pusat kawalan AES. - Utusan Online

KD: Berhati-hatilah wahai pemandu.. patuhi peraturan jalan raya.