Friday, June 1, 2012

PELUANG LIHAT PLANET ZUHRAH PADA 6 JUN

GEORGE TOWN - Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.

Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan.

Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.

Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.

"Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya.

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.

Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.
Gambar Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004


SENATOR AS AKUI MALAYSIA MODEL NEGARA ISLAM
 
Malaysia adalah negara Islam contoh yang mengamalkan demokrasi tetapi berjaya mencapai kemajuan yang membanggakan, terutama dari segi pembangunan ekonomi.

Itulah pandangan dua senator berpengaruh darri Amerika Syarikat (AS), John McCain Joseph Lieberman yang berada di negara in atas jemputan Kuala Lumpur Business Council.

Menurut mereka, di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, hubungan dua hala Malaysia dengan AS juga semakin baik, selain negara turut mencapai kemajuan signifikan dalam politik dan pembangunan sosial.

John McCain, senator dari Arizona berkata, Malaysia boleh menjadi model negara Islam yang berjaya mencapai kemajuan selepas ia menerima kebebasan hak dan demokrasi. Katanya, penerimaan 18 daripada 22 syor bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini menunjukkan kerajaan Malaysia serius melakukan reformasi dalam proses pilihan raya supya lebih dil dan bersih selain sedia berdialog dengan pembangkang.

(Sumber:BHarian 01/06/2012)

PEMEGANG AKAUN PNB, TABUNG HAJI TURUT TERIMA FAEDAH PENYENARAIAN FGVH


KUALA LUMPUR: Seramai 15.55 juta rakyat Malaysia yang mempunyai akaun dalam Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Lembaga Tabung Haji (TH) akan turut menerima faedah daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia pada 28 Jun depan.

Mereka dijangka menerima dividen lebih menarik daripada kedua-dua institusi berkenaan hasil pulangan yang diraih sebagai pelabur strategik paling besar dalam tawaran awam permulaan (IPO) FGVH itu.

PNB kini mempunyai 10.85 juta pemegang akaun pelaburan yang mana kira-kira 9.6 juta adalah Bumiputera manakala 1.2 juta lagi bukan Bumiputera manakala TH memiliki 4.7 juta pendeposit.

Kedua-dua institusi pelaburan itu masing-masing memegang kepentingan terkumpul sebanyak 15 peratus dalam FGVH.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pelantikan PNB dan TH disifatkan sebagai kumpulan pelabur penting untuk mencambah dan mengembangkan lagi manfaat bakal diraih FGVH selepas penyenaraiannya itu.

(Sumber: BHarian 01/06/2012)