Friday, June 1, 2012

PEMEGANG AKAUN PNB, TABUNG HAJI TURUT TERIMA FAEDAH PENYENARAIAN FGVH


KUALA LUMPUR: Seramai 15.55 juta rakyat Malaysia yang mempunyai akaun dalam Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Lembaga Tabung Haji (TH) akan turut menerima faedah daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia pada 28 Jun depan.

Mereka dijangka menerima dividen lebih menarik daripada kedua-dua institusi berkenaan hasil pulangan yang diraih sebagai pelabur strategik paling besar dalam tawaran awam permulaan (IPO) FGVH itu.

PNB kini mempunyai 10.85 juta pemegang akaun pelaburan yang mana kira-kira 9.6 juta adalah Bumiputera manakala 1.2 juta lagi bukan Bumiputera manakala TH memiliki 4.7 juta pendeposit.

Kedua-dua institusi pelaburan itu masing-masing memegang kepentingan terkumpul sebanyak 15 peratus dalam FGVH.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pelantikan PNB dan TH disifatkan sebagai kumpulan pelabur penting untuk mencambah dan mengembangkan lagi manfaat bakal diraih FGVH selepas penyenaraiannya itu.

(Sumber: BHarian 01/06/2012)

No comments:

Post a Comment