Monday, November 11, 2013

SYIAH BERSELINDUNG DI SEBALIK TADIKA


ALOR SETAR –Sebuah tadika didakwa berselindung di sebalik fahaman Syiah, apabila laman web tadika berkenaan  dikesan merujuk satu hadis daripada kitab Syiah.


Perkara itu didedahkan Timbalan Yang Dipertuan Abim Kedah, Abdullah Din yang mana memaklumkan, hanya golongan Syiah berpegang kepada kitab Mufazzal.

Sumber: Sinar Harian
SETIAP NEGERI PERLU AKTIF SEKAT SYIAH - YADIM

ALOR SETAR - Setiap negeri perlu mengambil peranan aktif menghalang penularan fahaman Syiah dan menggunakan undang-undang serta enakmen anti-Syiah terhadap mereka yang terlibat dengan fahaman itu.
   
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Syiah merupakan satu fahaman 'politik' yang mempunyai agenda tersendiri untuk menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam.
   
Beliau berkata amat membimbangkan, ada tanda awal menunjukkan ahli fahaman songsang itu cuba menyemarakkan lagi fahaman kepada rakyat negara ini sekaligus memesongkan akidah mereka terutamanya di kalangan generasi muda.
   
"Saya sendiri perhatikan dalam Facebook, orang muda sekarang ini menzahirkan kekaguman mereka terhadap kerajaan Syiah yang dianggap kerajaan Islam yang berani dan lantang berhadapan dengan Israel.
   
"Sebenarnya mereka (Syiah) mempunyai matlamat dan agenda tersembunyi dan lebih besar. Di negara ini kita lihat penganut fahaman Syiah sanggup memutuskan hubungan persaudaraan sesama Islam. Itu unsur dalam Syiah," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam Wacana Pemantapan Akidah di Sri Mentaloon di sini hari ini.
   
Katanya fahaman itu lahir untuk merebut kuasa dan sanggup menghalalkan darah umat Islam yang mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
   
Asyraf Wajdi berkata generasi muda kini keliru antara akidah Ahli Sunnah dengan Syiah dan penerangan perlu dilakukan pihak berwajib bagi membolehkannya difahami agar tidak dipesongkan oleh fahaman Syiah.
   
Apa yang membimbangkan ahli fahaman Syiah kini berani berdepan dengan orang ramai tanpa mengira tindakan yang bakal dikenakan terhadap mereka yang terlibat menyebarkan fahaman terlarang itu, katanya. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

SYIAH: PANTAU GURU FAHAMAN SYIAH

ALOR SETAR – Beberapa guru  Pendidikan Islam di negeri ini dikenal pasti sebagai penganut fahamn Syiah.

Timbalan Yang Dipertuan Abim Kedah, Abdullah Din berkata, pihaknya bimbang pengaruh guru berkenaan akan mempengaruhi pelajar, maka perkara ini wajar diambil tindakan.

Sumber: Sinar Harian
SYIAH: PENSYARAH LUAR PERLU DITAPIS


ALOR SETAR - Kebanjiran pensyarah dari luar negara dikhuatiri menyumbang kepada penularan faham Syiah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.


Pengerusi Gabungan Institusi Pondok< Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis), Profesor Madya Dr Abd Aziz Hanafi berkata, kebebasan akademik yang diamalkan di negara ini perlu dipantau dan tidak wajar diberi kebebasan sepenuhnya.

Sumber: Sinar Harian
GESA KELUAR FATWA PERKAHWINAN, KEMATIAN PENGIKUT SYIAH

ALOR SETAR – Majlis Fatwa Kebangsaan digesa mengeluarkan fawa berkaitan perkahwinan dengan pengikut Syiah untuk mengelak akidah anak pasangan itu terpesong, sekiranya berlaku penceraian.


Timbalan Yang Dipertua Abim Kedah, Abdullah Din berkata, terdapat lebih tiga kes seumpama dikesan berlaku di Kedah, melibatkan sama ada suami atau isteri berfahaman Syiah.

Sumber: Sinar Harian