Monday, May 14, 2012

EKONOMI MELAYU BOLEH TERJEJAS JIKA PAKATAN PEMBANGKANG TADBIR NEGARA



TASEK GELUGOR: Perjuangan membela orang Melayu termasuk dalam bidang keusahawanan dan ekonomi yang kini berada di landasan yang betul akan terjejas jika pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata pelbagai inisiatif dilakukan oleh kerajaan sejak merdeka mencapai banyak kejayaan sehingga pemilikan ekuiti Bumiputera meningkat daripada dua peratus kepada 23.09 peratus pada 2010.

Dengan pelbagai inisiatif itu, beliau yakin sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti oleh Bumiputera pada 2020 iaitu apabila negara menjadi negara maju, akan dapat dicapai.

“Bagaimanapun, jika BN kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kita akan kembali ke zaman pemerintahan Alfonso de Albuquerque (Portugis) di Melaka pada 1511, di mana nasib orang Melayu tidak terbela.

“Inilah musibah dan tragedi yang melanda apabila kita hilang kuasa... agenda (membela) orang Melayu akan terhapus, dijajah dan menjadi hamba abdi. Inilah yang akan berlaku (jika BN kalah),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad (MTEM) Zon Utara dan Projek Usahawan Gemilang di Dewan Besar Sungai Dua di sini, semalam. Hadir sama, Ahli Pemegang Amanah MTEM, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader.

 (sumber: bloglistpolitik.blogspot.com)
KDNi dia peratusan sokongan rakyat antara parti di Malaysia.. 

1) kerajaan = memuaskan..
2) pembangkang = kurang memuaskan..
3) tidak pasti = ? & agak merisaukan..

PAS SALAH GUNA ISLAM - HARUSSANI


KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian semalam ketika diminta mengulas saranan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.

SULTAN JOHOR SELAR TOLAK PEMBANGUNAN 


KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menegur tindakan pihak tertentu yang menghasut masyarakat supaya menolak pembangunan dilaksanakan kerajaan di negeri ini dengan membuat bantahan serta permintaan tidak munasabah.

Baginda bertitah, tindakan itu menyebabkan rakyat akan terus tersisih dan terpinggir daripada arus pembangunan yang mampu memberikan kehidupan lebih terjamin.

“Saya terdengar suara sumbang yang seakan-akan mahu menolak pembangunan yang hendak dilaksanakan kerajaan dan tidak mahu berubah.

“Jika saudara-saudari tidak mahu berubah, maka rakyat akan terus tersisih dan terpinggir daripada arus pembangunan.

“Saya amat kesal dengan segelintir masyarakat cuba menentang pembangunan di Pengerang dan ada juga kumpulan yang cuma mengambil kesempatan menghasut orang di sini supaya membuat bantahan serta permintaan bukan-bukan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada majlis pelancaran Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dekat Pengerang, di sini, semalam. Turut berangkat, lima putera baginda termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tunku Temenggong, Tunku Idris.