Thursday, September 13, 2012

KELANTAN SEDANG RANGKA BINA LALUAN KERETAPI LAJU

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan kini sedang merangka untuk membina laluan keretapi laju bagi menghubungkan negeri itu dengan negeri-negeri di Pantai Barat termasuk Johor untuk keperluan jangka masa panjang.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beberapa pihak berkaitan telah dihubungi untuk membantu membuat rangka awal cadangan laluan keretapi tersebut.

Menurut beliau, pembinaan laluan keretapi itu akan menggunakan wang dari bayaran royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

"Jadi saya berharap Kerajaan Kelantan masa depan boleh buat jawatankuasa untuk mengkaji membina laluan keretapi laju mengguna duit royalti.

"Duit royalti dari telaga (Bunga) Kamelia sahaja bermula tahun hadapan akan diperolehi kelantan insyaAllah RM500 juta satu tahun.

"Kalau kos keratapi laju RM4 hingga RM5 bilion, itu masih dalam kemampuan kerajaan negeri," katanya.

Tambah beliau lagi, pembinaan itu nanti akan membantu perkembangan ekonomi Kelantan selain mempercepatkan masa perjalanan dan memudahkan perhubungan.

Pembinaan itu juga dilihat akan membantu mengurangkan penggunaan kenderaan rakyat Kelantan khususnya yang berada di perantauan untuk pulang ke kampung halaman terutama di musim perayaan dan cuti umum.

"Keretapi yang ada sekarang ini terlalu perlahan dan laluannya masih laluan yang dibuat oleh penjajah dahulu.

"Kita mencadangkan perjalanan dari KB ke KL lebih cepat dan selesa," katanya.

Saiz landasan

Menurut Husam, kalau mengguna size landasan keretapi sekarang, keretapi itu akan boleh bergerak dengan kelajuan maksima 150 km/jam.

"Dengan kelajuan ni, keretapi diesel pun boleh buat. Tak perlu pakai elektrik.

"Cuma kalau kita boleh sambung dari Temerloh ke Kuala Lumpur, perjalanan boleh disingkatkan ke tiga jam," terang beliau.

Bagi beliau, satu jam amat mustahil kerana size rail dan gerabak juga perlu ditukar.

"KTM pakai meter gauge (1 meter gap). ERL pakai standard gauge (1.4 meter gap).

"Kalau kita buat double trek sahaja, 4 atau 5 Bilion dah cukup.  Kalau nak elektrik, kena double," jelas beliau lagi mengenai spesifikasi landasan baru itu. -Harakahdaily

KD: Wow.. tidak lam lagi mudahlah orang Kelantan balik kampung.. jika sebelum ini terpaksa memandu hingha berjam-jam lamanya, mungkin bila adanya keretapi laju itu nanti, rakyat Kelantan tidak payah membuang masa di perjalanan sahaja.


PILIHAN RAYA DUN SELANGOR BERASINGAN?

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini membuat keputusan melalui mesyuarat pimpinan tertinggi bahawa Selangor akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berasingan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini berkata, keputusan itu diambil kerana Selangor merupakan negeri yang mempunyai pertambahan pengundi yang ramai dan tidak dapat diselesaikan.

Jelasnya, Pakatan Rakyat yang bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Mentei Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan bahawa senarai nama daftar pengundi yang meragukan gagal dibersihkan sepenuhnya.

"Keputusan telah kita perolehi bahawa Selangor akan melakukan pilihanraya berasingan dan ini diputuskan apabila kita mendapati negeri ini merupakan jumlah pertambahan pengundi yang ramai serta meragukan.

"Kita melihat perkara tersebut sebagai masalah yang tidak dapat diselesikan yang mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal untuk membersihkan senarai nama pengundi," katanya.

Pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula menyatakan Kelantan akan turut serta untuk membubarkan Dun bersekali dengan pembubaran parlimen pada pilihan raya nanti.

"Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Pusat.

"Namun perkara tersebut belum diputuskan oleh Kedah pada waktu ini sama ada ingin mengadakan pilihan raya berasingan atau pun tidak," kata beliau.

Sementara itu, Pakatan Rakyat juga akan turut membuat pertimbangan jika Pulau Pinang ingin membuat pilihan raya berasingan jika Ketua Menteri merasakan daftar pemilih yang ada sekarang meragukan. -Harakahdaily

KD: Macam pelik pula apabila pilihan raya dibuat secara berasingan. Bukankah lebih mudah jika diselaraskan?
KPT TUBUH JAWATANKUASA KAJI KEMASUKAN PELAJAR PINTAR KE IPT

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji pandangan dan input berhubung transformasi bidang pendidikan termasuk mengenai kemasukan pelajar pintar ke institusi pengajian tinggi (IPT) pada usia lebih muda.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia selarasdengan pengumuman Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, dan antara input yangakan dikaji ialah mengenai pelajar pintar yang hanya melalui sembilan tahunzaman persekolahan berbanding 11 tahun yang dilalui pelajar-pelajar biasa.

"Kita bernasib baik kerana kita masih dalam peringkat di mana pandangan dan cadangan dibuka oleh Kementerian Pelajaran kepada semua pihak untuk kita bantumelahirkan dasar pendidikan yang baharu.

"Saya percaya kita akan merumus dan memberi pandangan dan input yang akanfacilitate pelajar-pelajar pintar ini," katanya kepada pemberita selepasmenyampaikan insentif dan surat tawaran belajar kepada ratu terjun negaraPandelela Rinong Pamg pada majlis sambutan Aidilfitri Bahagian Sukan KPT disini, Rabu.

Mohamed Khaled berkata kementerian menyedari bahawa kerajaan ada menyediakanprogram-program khusus untuk pelajar-pelajar pintar, justeru pihak kementeriandan IPT tidak boleh mengenepikan program khas tersebut.

Kementerian dan IPT sebaliknya harus memikirkan bagaimana untuk menampungpelajar-pelajar pintar terbabit kerana ia sebahagian daripada usaha-usahakerajaan, katanya. BERNAMA/MStar

KD: Harap sangat cadangan ini direalisasikan..
MASYARAKAT PERLU SYUKUR NIKMAT PENDIDIKAN YANG DISEDIAKAN KERAJAAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah membina banyak kemudahan pendidikan bagi menjamin masa depan kanak-kanak di negara ini termasuk membina sebanyak 2,500 buah Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) baharu dari tahun 2010 hingga tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Hassan Manaf berkata ia bagi mencapai agenda pendidikan rakyat untuk membolehkanmereka mengakses pendidikan seawal usia dua tahun.

"Mereka ditempatkan di Pusat Asuhan Kanak (Taska), (manakala) untuk yangberumur empat hingga enam tahun ditempatkan di Taman Bimbingan Kanak-Kanak(Tabika)," katanya selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KemasWilayah Persekutuan 2012.

Acara tersebut adalah kerjasama antara Kemas dan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) melibatkan kira-kira 270 kanak-kanak dari 13 kawasan Parlimen di sekitarWilayah Persekutuan.

Hassan berkata terdapat lebih 10,000 Tabika di seluruh negara untukkemudahan orang ramai menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak pada usia muda.

Justeru, katanya, masyarakat seharusnya bersyukur kerana menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu.

Mengenai acara itu, Pengarah Kemas Wilayah Persekutuan Khairuddin Mohd Nasir berkata kerjasama antara Kemas dan DBP dapat memberi faedah kepada kanak-kanakdaripada segi kaedah teknik penceritaan.

"Saya mahu kerjasama lebih erat antara kedua-dua belah pihak dibentuk agarpihak DBP dapat menyalurkan kepakaran mereka dalam aspek pembacaan kepadakanak-kanak.

"Bakat kanak-kanak dapat digilap dari usia yang muda dan penonjolan inidapat memberi peluang kepada mereka untuk bertanding ke peringkat kebangsaanpada November nanti di Kuala Terengganu," katanya.

Antara acara yang dipertandingkan bagi menggilap bakat semulajadikanak-kanak tersebut ialah bercerita, pidato, tilawah al-Quran, tarian, nasyid,kompang berformasi dan reka cipta. BERNAMA/MStar

KD: Amat bersyukur..