Friday, October 12, 2012

DAP TIDAK PERNAH GANGGU PAS - NIK AZIZ

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap sesetengah pihak termasuk ahli Pas yang mengkritik kerjasama parti itu dengan DAP.

Nik Aziz berkata, sebagai sebuah rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP tidak pernah mengacau perjuangan Pas, malah menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, orang berkenaan tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP, jadi tidak tahu kenapa, yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.

“Masalahnya orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno, jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno, tapi kena ada jawapanlah,” katanya.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP.

Dalam masa yang sama, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa beberapa kali mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa terdapat pemimpin Dap menolak Islam.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Pas akan terus bekerjasama dengan DAP, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hairan mengapa orang sebut kemenangan Pas ketika ini disebabkan menumpang DAP.

“Saya rasa pelik ada orang sebut kemenangan kita sekarang ini menumpang DAP. Saya mahu tanya balik bila kemenangan tidak menumpang. Malah sewaktu zaman Rasulullah SAW sampai Madinah, beliau ada buat perjanjian dengan kaum Yahudi.

“Jadi tidak ada kemenangan yang tidak menumpang orang lain. Lebih-lebih lagi sekarang kita guna sistem pilihan raya nak undi Cina, nak undi India,” katanya. –SinarHarian

SOKONG BR1M DITERUSKAN

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wajar diteruskan berikutan sambutan positif rakyat kerana ia mampu meningkatkan kuasa beli golongan berpendapatan rendah dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata secara peribadi beliau berpendapat pemberian BR1M patut dikekalkan namun perlu penambahbaikan bagi memastikan bantuan disalurkan sampai kepada golongan sasar.

“Terserah kepada Perdana Menteri, saya secara peribadi berpendapat memang baik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tanjung Bungai, Bekenu di sini, Khamis.

Maklum balas hasil lawatan ke Limbang dan Miri, beliau mendapati majoriti rakyat menyambut baik BR1M 2.0 yang bakal dilaksanakan mulai tahun depan dan mahu ia dikekalkan kerana faedah besar kepada golongan berpendapatan rendah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian BR1M mampu memberi impak lebih positif berbanding skim rasionalisasi subsidi komoditi yang berkaitan dengan pengurangan harga petrol dan gula kerana bantuan tersebut terus kepada golongan yang disasarkan.

BR1M tahun ini menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.2 juta isi rumah membabitkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion, manakala BR1M 2.0 membabitkan peruntukan RM3 bilion dengan tambahan penerima kira-kira 2.7 juta individu bujang.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BR1M 2.0 yang turut diperluas kepada orang bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang RM2,000 yang melayakkan mereka menerima RM250.

Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0, sebaliknya mereka akan menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.

Terdahulu, Muhyiddin membayangkan kemungkinan BR1M dikekalkan sekiranya rakyat memberi kepercayaan semula kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara dalam pilihan raya umum akan datang.

“Mungkin BR1M boleh kekal,” katanya sambil menambah kerajaan BN sentiasa prihatin dengan golongan berpendapatan rendah sehingga sanggup menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup. – BERNAMA/UtusanOnline
RAMAI PEKERJA HIDAPI PENYAKIT AKIBAT STRES


Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengenal pasti hilang pendengaran, penyakit kulit dan penyakit paru-paru sebagai penyakit berbahaya yang sering menghantui kalangan pekerja di abad ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata pekerjamenghidapi tiga penyakit itu akibat tekanan atau stres di tempat kerja.

"Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) juga telah mengenal pasti tekanan di tempat kerja sebagai satu bencana paling utama dan perlu ditangani dengan segera," katanya ketika berucap di majlis pelancaran Seminar Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2012 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, Khamis.

Menurutnya penyakit hilang pendengaran disebabkan bunyi bising di tempat kerja mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 867 kes pada tahun lepas tetapi menurun 26 peratus berbanding 1,173 kes pada 2010 .
Beliau berkata mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising), pekerja tidak boleh terdedah melebihi 90 desibel secara berterusan atau melebihi had-had yang dinyatakan di dalam JadualPertama atau melebihi dos bising harian serta tiada pekerja boleh terdedahkepada paras bising melebihi 115 decibel pada bila-bila masa.

Menurut beliau sebanyak 102 kes penyakit kulit dilaporkan tahun lepas menurun empat peratus berbanding 106 kes pada 2010, manakala penyakit paru-paru mencatat 101 kes tahun lepas iaitu meningkat 37 peratus, berbanding 63 kes pada 2010.

Pekerja yang terdedah kepada bahan kimia, habuk kayu yang membawa kepada alahan atau keradangan kulit akan mengakibatkan penyakit kulit kepada pekerja, katanya.

Maznah berkata daripada 1,198 kes yang dilaporkan tahun lepas, sektor
pengilangan mencatatkan bilangan penyakit dan keracunan pekerjaan disiasat paling banyak iaitu 559 kes diikuti sektor kemudahan (92 kes) dan sektor perkhidmatan awam (81 kes).

Beliau berkata rekod Pertubuhan Keselamatan Sosial menunjukkan bilangan kes yang terlibat dengan bencana pekerjaan dan penyakit pekerjaan meningkat setiap tahun.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pengamal bidang kesihatan perubatanmewujudkan persatuan khas bagi menjaga kebajikan pekerja selain meningkatkanusaha menerapkan ilmu pengetahuan, kepekaan tentang keselamatan kesihatanpekerjaan dan melaporkan kes bencana tempat kerja dan penyakit pekerjaan kepadaJKKP.

Seminar tersebut dianjurkan JKKP dengan kerjasama HKL dalam usaha mengurangkan kemalangan di tempat kerja melalui pendedahan mengenai hazad kesihatan selain mengenal pasti penyakit dan keracunan pekerjaan yang sering berlaku di tempat kerja. –BERNAMA/MStar