Thursday, February 28, 2013

SIMBOL PLURALISME PADA MANIFESTO PEMBANGKANG?

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Beberapa blog hari ini mempersoalkan beberapa simbol yang diletakkan pada muka depan buku manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan semasa konvensyen yang diadakan di Shah Alam, Isnin lalu.

Simbol-simbol pada muka hadapan manifesto pembangkang mencetuskan persoalan.
Simbol-simbol tersebut didapati merujuk kepada pluralisme dan kebebasan dalam beragama yang diperjuang oleh pakatan di negara ini.

Menurut blog AIDC (www.anwaraidc.com), terdapat 41 lambang yang disusun pada muka depan buku berkenaan meliputi simbol gereja, orang menadah tangan berdoa dan simbol tapak tangan.

Selain simbol tapak tangan yang diulangi dua kali, terdapat satu simbol salib yang merupakan simbol agama Kristian.

"Tidak terdapat simbol masjid atau kubah yang boleh dikenal pasti sebagai simbol Islam, namun terdapat dua simbol orang sedang menadah tangan yang boleh ditafsirkan sedang berdoa iaitu amalan yang biasa dilakukan oleh penganut agama samawi, termasuk Islam dan Kristian," kata blog itu hari ini.

Selain AIDC, isu sama turut dipersoal oleh blog-blog Nasionalis1982, The Flying Kick, Mymassa dan Alami Jiwa Paradox. -Utusan Online